Resepi Punten Sabak Bernam Ringkas dan Mudah

You are currently viewing Resepi Punten Sabak Bernam Ringkas dan Mudah

Dah tahu apa beza Punten Sabak Bernam dan Punten Indonesia? Kalau belum tahu, baca sini. Min nak kongsikan resepi Punten Sabak Bernam yang ringkas dan mudah dibuat di rumah. Kadang-kadang susah nak jumpa di luar kerana tak ramai orang yang jual punten ni. Jadi, korang yang teringin untuk makan hidangan ini, boleh la scroll di bawah dan ikut cara-cara membuatnya!

punten sabak bernam
Sumber: Iluminasi

Bahan-bahan:

Punten Sabak Bernam:

  • 1 cawan beras
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 1 helai daun pandan yang disimpul
  • Sedikit garam

Sambal Hijau Ikan Bilis:

  • 2 biji bawang besar
  • 150g cili api hijau dan merah
  • 20g udang kering
  • 200g ikan bilis

Cara-cara:

beras

1. Cuci beras putih dengan bersih dan masukkan ke dalam periuk nasi.

beras dan santan

2. Sediakan bahan-bahan lain termasuk santan pekat, santan cair, daun pandan dan garam.

santan dan beras

3. Masukkan kesemua bahan tadi dan kacau rata. Jika menggunakan periuk nasi biarkan hingga masak. Jika menggunakan periuk di atas api dapur, kecilkan api dan kerap kacau nasi tersebut untuk mengelakkan hangus pada bahagian dasar periuk

nasi punten sabak bernam

4. Kacau rata nasi yang telah masak dan sejukkan seketika sebelum proses menumbuk nasi tersebut.

punten sabak bernam

5. Tumbuk nasi yang masih panas sehingga ianya lembut. Nasi yang telah ditumbuk tadi boleh dikepalkan menggunakan senduk untuk dibentukkan atau menggunakan tangan dengan menggunakan sarung tangan.

bawang, cili, udang kering

6. Sediakan bawang besar, cili api hijau dan sedikit cili api merah serta udang kering. Kisar sehingga halus. Ikan bilis perlu ditumbuk kasar.

bahan kisar

7. Bahan yang telah siap dikisar.

tumis bahan kisar

8. Tumis kesemua bahan sehingga naik minyak dan bahan kisar telah garing. Masukkan bahan perisa seperti gula secukupnya untuk seimbangkan rasa masin ikan bilis.

sambal hijau ikan bilis

9. Sambal hijau ikan bilis telah siap untuk dihidangkan bersama Punten.

punten sabak bernam

10. Hidangkan punten yang telah siap dibentuk bersama sambal hijau.

Sumber rujukan:
eISBN: 978-983-3862-59-7,
Bab Dalam Buku : Pelestarian Warisan Makanan Tradisional Melayu, Siri 1.

Klik untuk baca artikel sebelum ini.

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply