Resepi Nasi Ayam Paling Sedap

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:9 mins read
You are currently viewing Resepi Nasi Ayam Paling Sedap

Nasi Ayam merupakan hidangan popular di Semenanjung Malaysia. Hidangan ikonik yang menyentuh jiwa masakan semua lapisan masyarakat Malaysia. Nasi Ayam ialah gabungan sempurna nasi wangi dan ayam yang dimasak dengan sempurna. Jom kita semak resepi dari Azie Kitchen untuk buat nasi ni!

nasi ayam

1. LAUK AYAM

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 2 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 5-6 ulas bawang merah

    BAHAN PERAP:
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar minyak bijan

Cara-cara

  • 1. Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah.
  • 2. Kemudian, perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit. Ini cuma anggaran. Kalau belum cukup kerana saiz ayam besar, boleh tambah.
ayam diperap
  • 3. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak.
  • 4. Selepas itu, angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
  • 5. Goreng ayam secara ‘deep fry’ atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak.
angkat ayam
  • 6. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.
ayam dipotong

2. NASI

Bahan-bahan

  • Ketulan lemak ayam – panaskan dan ambil minyak ayam
  • 5 ulas bawang merah – tumbuk
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk
  • 2 inci halia – tumbuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1 helai daun salam (bay leave)
  • 1/4 cawan susu full cream
  • 1/2 – 1 kiub serbuk pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • Secubit gula
  • Rempah penumis – 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis

Cara-cara

  • 1. Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker.
  • 2. Di dalam kuali masukkan minyak ayam, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.
bahan tumis
  • 3. Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk pati ayam dan secubit gula.
tuang susu
  • 4. Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa. Sukatan air ikut sukatan untuk jenis beras masing masing.
  • 5. Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

3. SAMBAL CILI

Bahan-bahan

  • 5 tangkai cili padi merah siam – saya guna cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia – saya tambah
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa 
  • 1 sudu kecil gula atau secukup rasa
  • 1/2 cawan air rebusan ayam – saya tambah
  • Sos tomota – pilihan

Cara-cara

  • 1. Kisar cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali.
  • 2. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa.
  • 3. Kemudian, tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.
sambal cili

4. KUAH SUP

Bahan-bahan

  • Jeruk kubis
  • Garam
  • Serbuk pati ayam
  • Daun bawang – tabur
  • Bawang putih goreng – tabur

Cara-cara

  • 1. Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan campurkan jeruk kubis, garam dan serbuk pati ayam.
  • 2. Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang. Siap!

5. SAMBAL KICAP

Cara-cara

  • 1. Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.
  • 2. Sesuaikan rasa garam dan gula. Angkat.

Selamat mencuba!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.

Leave a Reply