NOM CHA KL : Teh Thai 3 Lapis paling Letops dekat KL!

  • Post author:
  • Post category:Makan
  • Reading time:3 mins read
You are currently viewing NOM CHA KL : Teh Thai 3 Lapis paling Letops dekat KL!

Siapa sini penggemar Thai Tea warna warni yang famous dekat Thailand tu? Untuk pengetahuan korang, sekarang dekat Kl pun dah ada tau di Nom Cha.Kl, Taman Batu Muda. Jadi lepas ni korang tak perlu susah payah untuk terbang ke Thailand untuk rasa sendiri air Thai Street Drinks Botingkek.

Menawarkan variasi pilihan minuman

Nom Cha.Kl tidak hanya fokus dengan satu perisa Thai Tea sahaja malah pelbagai perisa yang unik hasil kombinasi idea daripada pemilik Nom Cha.Kl, Aliff Busu.

Dengan harga yang amat berbaloi, RM6 bagi setiap paket. Jadi tak hairanlah, orang ramai berpusu-pusu dapatkan air viral ni buat minuman petang. Berlokasi berhampiran dengan kawasan perumahan & kolej pengajian PICOMS, jadi memang strategik untuk orang ramai datang cuba sendiri Thai Street Drinks by Nom.Cha Kl ni. Warung ini kalau dekat dengan Min ni, memang hari-hari Min borong tau.

Lokasi

Nom Cha KL

Kampung Batu Muda, 51100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur w.p Kuala Lumpur Kampung Batu Muda, 51100, sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Comments