KUALA LUMPUR, 18 Oct 2023 – Smooth Ice Cream, hasil ciptaan seorang freelancer pemasaran digital dan bekas pelajar seni kulinari yang kini berkecimpung sebagai seorang pembuat ais krim artisanal, membawakan pengalaman pencuci mulut dingin ke tahap yang baru, dengan rangkaian rasa ais krim tradisional namun berkualiti premium. Ditubuhkan pada pertengahan 2022, populariti Smooth Ice Cream telah cepat meningkat kerana komitmennya dalam menggunakan hanya bahan-bahan terbaik dan tulen untuk membuat kustard sejuk beku yang lazat. Keenakan rasanya membangkitkan nostalgia pada resipi klasik yang menggamit selera untuk lagi dan lagi!
Melangkah keluar dan jauh daripada trend ais krim rendah lemak, keto, dan pemanis tiruan, Smooth Ice Cream menghidupkan semula tradisi lama dengan membuat kustard sejuk beku menggunakan bahan-bahan yang mudah dan mengikut resipi turun-temurun seperti kuning telur, krim, susu, dan gula. Malah, setiap cedokan ialah sebuah pengembaraan menyeronokkan ke dalam dunia kustard sejuk beku, semestinya dinikmati dengan gaya yang asli – kaya, berkrim, dan enak dengan rasa.
“Di Smooth Ice Cream, kami percaya bahawa kelazatan sejati terletak pada resipi yang mudah. Oleh itu, kami telah mengambil rasa klasik seperti Vanilla Bean, Pistachio, Guanaja Dark Chocolate, dan Hazelnut Praline, dan membawanya ke tahap baharu dengan menggunakan bahan premium,” kata Kur Win, Pengasas Smooth Ice Cream.
Dedikasi jenama ini untuk kualiti jelas dilihat dalam proses pemilihan bahan-bahan Smooth Ice Cream yang amat teliti. Smooth Ice Cream mendapatkan bahan-bahan seperti telur kampung dan susu daripada sumber tempatan, memastikan kesegaran yang sebenar. Manakala untuk krim dan kebanyakan perisa, jenama ini menggunakan bahan import daripada pembekal yang dipercayai. Khususnya, krim adalah dihasilkan oleh lembu yang dipelihara di padang rumput, yang terkenal dengan polisinya yang ketat untuk produk tenusu, lantas memastikan lembu yang lebih sihat dan produk tenusu yang unggul.
“Misi kami adalah mencipta ais krim yang terhebat, lebih daripada yang lain. Kami mencari bahan-bahan terbaik dunia, seperti coklat Valrhona, pod Vanilla Bourbon (di sini bourbon bukan bermaksud alkohol tetapi sejenis vanilla) dari Madagascar, dan kekacang premium, untuk mengadun kelazatan rasa yang diingati,” kata Kur Win.
Kesungguhan Smooth Ice Cream terhadap seni pembuatan ais krim dan pengalaman pelanggan jelas terbukti dalam komitmennya untuk menghasilkan ais krim yang tiada tandingan dari segi rasa dan kualiti. Keazaman jenama ini untuk menggunakan bahan premium, seperti mentega Perancis premium untuk rasa karamel mentega dan dulce de leche hasil air tangan sendiri yang dibuat dengan cara tradisional, membezakan mereka dalam pasaran yang sarat dengan pilihan ais krim yang diperbuat besar-besaran.
“Ketika saya baru memulakan Smooth Ice Cream, saya tahu bahawa saya ingin membawa keistimewaan ais krim ‘fine dining’ kepada semua, dalam keselesaan rumah mereka. Menjaga piawaian yang tertinggi adalah sangat penting, dan kami langsung tidak mengambil sebarang jalan pintas dalam proses pembuatan kustard sejuk beku kami. Proses mencipta ais krim premium ini ialah gabungan seni dan sains, melibatkan keseimbangan yang sempurna bukan sahaja dalam resipi asas, malah juga dalam proses memasak dan memutar, serta proses pembekuan,” tambah Kur Win.
Untuk merasai kelazatan Smooth Ice Cream, layari laman web mereka di https://smoothicecream.com/ di mana anda boleh meneroka pelbagai perisa yang menggoda dan membuat pesanan penghantaran.