Hi semua! Siapa kat sini yang mengidam nak makan makanan Kelantan? Sebab, kalau korang cakap YA, ni ha, Izzah nak rekomenkan satu tempat yang memang terbaik punyalah! Namanya Restoran Warung Puteri.
Terletak di Batu Caves, Selangor, Restoran Warung Puteri ini menggunakan tema warung. Well, mestilah korang pun dah boleh mengagak kan? Dah namanya pun dia letak Warung. Pelbagai review telah menyatakan kesedapan Nasi Kak Wok dan air spesial mereka, Teh Ais Madu. Untuk maklumat lanjut mengenai tempat yang menjual juadah Kelantan, korang boleh klik link ini: https://purpledurian.my/food-review/juadah-asli-kelantan-tersohor-di-warung-wok-puchong/
Menu
Nasi Kak Wok
Memang Izzah cakap satu je perkataan: SEDAP! Korang memang wajib dan mesti cuba Nasi Kak Wok di Restoran Warung Puteri ni. Kalau tak, korang pasti akan rasa menyesal. Ingat tau, kena cuba Nasi Kak Wok ni.
Teh Ais Madu
Bila cakap pasal teh ais, kita selalunya hanya fikir “Oh, teh ais je pun.” Tapi kali ini, teh ais kat sini memang lain dari yang lain. Teh ais kat sini ialah Teh Ais Madu! Bukan itu sahaja, buih minuman tu… Perrrghhh! Meleleh sampai ke bawah. Memang kalau tengok pasti nak cuba!
Secara keseluruhannya, korang mesti datang dan cuba makanan dan minuman kat Restoran Warung Puteri. Bina pendapat korang sendiri tentang betapa sedapnya menu di tempat ini. Untuk maklumat lanjut, sila skrol ke bawah. Untuk mengetahui tempat makan yang sedap di area Batu Caves, sila klik pautan ini: https://purpledurian.my/makan/gua-lepak-makan-dan-lepak-dalam-gua/
Lokasi
📍Restoran Warung Puteri Taman Sri Gombak
No 73, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
⏰Waktu buka: 7 am – 7 pm (Setiap hari)
🗺️Google Map: https://goo.gl/maps/mm9k5RGCfesGZLrz9
📲Phone: 013-910 0600
📲Website: https://warung-puteri-taman-sri-gombak.business.site/
📲Facebook: https://www.facebook.com/warungputeritamansrigombak/?locale=ms_MY
📲Instagram: https://www.instagram.com/warungputeritamansrigombak/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@warungputeri?lang=en
Article currated by Izzah Norsham