Sejarah Teh Tarik Yang Menjadi Kegemaran Ramai

You are currently viewing Sejarah Teh Tarik Yang Menjadi Kegemaran Ramai

Teh Tarik adalah minuman kegemaran kita semua tak kira kaum dan bangsa. Umum mengetahui yang teh tarik ini adalah minuman khas India tetapi pada masa yang sama ia juga dikenali sebagai air minuman warisan Malaysia. Menurut kajian dari Dewan Perpustakaan Nasional Singapura, minuman teh tarik ini telah muncul pertama kali di negara jiran, dimana orang berbangsa India yang pertama kali menyediakannya, semasa penjajahan British suatu ketika dahulu. Pada masa itu, perang dunia kedua baru sahaja tamat dan teh tarik ini dibuat oleh para immigran yang datang untuk tujuan bisnes minuman.

Meskipun bukan minuman yang mewah, teh tarik ini sememangnya mampu menambat selera semua golongan masyarakat, baik yang tua mahupun yang muda pada masa kini. Tetapi ada satu fakta sejarah yang mengatakan selepas perang dunia kedua, harga daun teh meningkat, menyebabkan hanya orang-orang kaya sahaja yang mampu membelinya pada zaman tersebut. Manakala orang miskin pula tidak mampu memiliki teh kerana harganya yang sangat mahal untuk minuman sehari-harian. Walau bagaimanapun, habuk-habuk sisa gilingan daun teh dikumpulkan oleh mereka supaya dapat menikmati air teh walaupun tidak sama kualitinya dengan teh yang diminum oleh orang-orang kaya tersebut. 

Teh tarik di kedai mamak
Teh tarik sangat popular di kedai mamak zaman sekarang

Difahamkan sisa teh direbus oleh para immigran tersebut selama 3 jam lamanya sehingga ekstraknya menjadi warna oren. Susu sejat manis dan gula digunakan untuk menghasilkan teh tarik yang mampu menambat pelanggan-pelanggan kedai mereka. Ada ketikanya, mereka akan menggunakan halia untuk menambah selera para pengunjung.

Teh susu disebut juga sebagai teh tarik kerana air minuman tersebut akan ditempatkan di antara dua bekas koleh besi dan ditarik tinggi untuk menyejukkannya dan juga sehingga boleh menghasilkan buih yang tebal. Ini juga adalah salah satu tarikkan teh tarik yang menjadi minuman kegemaran ramai.

Teh susu juga adalah nama lain selain dari teh tarik
Teh susu juga adalah nama lain selain dari teh tarik

Sekarang dah tahu sejarah teh tarik ni, rasa lagi nikmat bila order teh kat kedai mamak nanti.

Comments