Nasi Telur, mendengar kepada namanya mestilah terbayang akan nasi dan telur sahaja. Namun, nasi telur yang sebenar ialah nasi yang disajikan bersama telur ikan daripada ikan terubok. Telur ikan terubok dijadikan sebagai hiasan dan dihidangkan semasa perjumpaan keluarga dan majlis-majlis besar diraja seperti majlis besar, tetapi tidak semasa majlis perkahwinan. Hal ini demikian, menurut Datuk Redzuan Ismail atau dikenali dengan Chef Wan dalam sebuah rancangan televisyen, menu ini berasal dari dapur Diraja (Darina, 2019).
Jom kita semak resepinya kat bawah!
Bahan-bahan
- Beras Basmati 5 pot (10-12 orang makan)
- Garam
- Pewarna kuning telur
UNTUK LAPISAN TELUR - 10 biji Telur Ayam
- Kicap pekat manis 1 sudu kecil
- Garam
UNTUK LAPISAN DAGING - 1/2 kg daging lembut (seeloknya batang pinang)
- 1 labu bawang besar dimayang kecil
- 1 inci kulit kayu manis
- 3 bunga cengkih
- 1/4 cawan Minyak masak
- Garam
UNTUK BAWANG GORENG - 20 ulas bawang merah kecil dihiris halus
- 3 sudu besar minyak sapi (ghee)
- 1/2 cawan minyak masak
- Garam
- 1 sudu kecil gula
Cara-cara
- 1. Telur digoreng macam buat scramble egg dan campur sesudu kecil kicap pekat manis dan sedikit garam.
- 2. Daging potong kecil. Rebus daging dengan air, kulit kayu manis, dan bunga cengkih. Bila air kering, masukkan bawang besar dan minyak masak. Tambah gula dan garam. Goreng sekejap sahaja.
- 3. Campurkan minyak sapi dan minyak masak untuk goreng bawang merah. Asingkan lebihan minyak bila siap goreng bawang.
- 4. Untuk masak nasi, 5 pot beras dimasak guna 10 pot air. Masukkan secubit garam. Bila air nasi dah kering titiskan pewarna kuning. Kemudian biarkan nasi masak.
- 5. Dalam periuk besar, lapiskan nasi yang masih panas dengan daging, bawang goreng. Kemudian lapisan nasi, scramble egg, bawang goreng. Ulang sampai habis.
- 6. Panaskan balik nasi yang dengan api kecil. Siram atas nasi minyak goreng bawang tadi. Panaskan nasi dalam 1/2 jam.
Nasi Telur ni sangat sesuai untuk jamuan Hari Raya dan keramaian keluarga. Boleh dimakan dengan ayam masak merah, acar timun, kurma ayam atau apa-apa lauk kenduri. Selamat mencuba!
Baca juga artikel:
- Nasi Tumpang: Keunikan Dari Negeri Cik Siti Wan Kembang!
- Nasi Beringin: Resepi Warga Johor (Tanpa Santan)
Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan