Nasi Kukus Lagi Sedap Bila Makan Di Pantai Timur?

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing Nasi Kukus Lagi Sedap Bila Makan Di Pantai Timur?

Nasi kukus ayam goreng berempah adalah makanan istimewa pantai timur.

Nasi kukus boleh didapati di kawasan perbandaran tapi jika dapat merasa nasi kukus di Pahang, Terengganu dan Kelantan, pengalaman menjamu selera dengan nasi kukus ini amat berbeza. 

nasi kukus

Terdapat banyak gerai di tepi jalan yang menjual nasi kukus ayam berempah.

Salah satu gerai nasi kukus yang terkenal di Perak adalah Faizal Nasi Kukus Ayam Berempah.

faizal nasi kukus ayam berempah

Jadi, apa yang istimewa sangat dengan nasi kukus ni?

Beras dikukus dalam mangkuk aluminium dan disajikan hanya apabila pelanggan membuat pesanan. 

Dengan ini, pelanggan dapat menikmati nasi kukus yang segar dan wangi.

nasi dikukus

Nasi kukus sering dan biasanya dihidang dengan ayam berempah bersama dengan kuah kari ataupun kuah gulai dan juga sambal belacan.

Cara-cara untuk menghasilkan nasi kukus di rumah memang mudah sahaja.

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras 
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan disimpul

Cara-cara:

  1. Cuci bersih beras dahulu dan kemudian rendam sekejap dan toskan. 
  2. Selepas itu, didihkan air dalam dalam pengukus dan masukan daun pandan simpul agar rasanya lebih sedap.
  1. Kukus beras selama 25 minit atau hingga beras sudah separuh masak. 
  2. Kemudian, keluarkan beras dari pengukus dan rendam beras dengan air sehingga air rendaman menjadi sejuk.
  3. Kukus semula beras selama 10 – 15 minit sahaja. Selanjutnya, keluarkan beras dan gaul dengan air 3 cawan dan biar sampai air tersebut menyerap masuk ke dalam beras.
  4. Kukus semula selama 15 minit sehingga nasi sudah masak. 
  5. Nasi kukus sedia untuk dihidang.

Cara-cara untuk menghasilkan ayam berempah.

Bahan-bahan perap:

  • 6 ketul ayam digaul dengan garam dan kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan kisar:

  • 6 cm halia muda dikisar
  • 4 ulas bawang merah dikisar
  • 3 batang serai dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar

Cara-cara:

  1. Gaul ayam dengan semua bahan perap kecuali minyak. 
  2. Kemudian, masukkan bahan kisar dan gaul dengan sebati.
  3. Perap ayam tadi selama 1 jam ataupun lebih.
  4. Kemudian, goreng ayam perap dengan api sederhana sehingga masak dan garing.
  5. Ayam goreng berempah sedia untuk dihidang.
nasi kukus ayam berempah sambal belacan kuah kari

Nasi kukus ayam berempah sedap dimakan dengan kuah kari, kuah gulai ataupun sambal belacan. 

Ikut cita rasa masing-masing samada nak makan dengan kuah kari sahaja atau kuah gulai sahaja.

Korang lagi suka makan nasi kukus dengan kuah apa?  

Cuba komen di bawah! 

Lihat video tentang nasi kukus di are Puchong di TikTok Purple Durian!

@purpledurian

Tempat korang ada Nasi Kukus macam ni tak?🤔 ##MYFoodie ##tiktokmalaysia ##foodreview ##sedapgiler ##nasikukus ##ayamazingggggg ##fyp ##pkp

♬ Yummy – Justin Bieber