30 Hari 30 Resepi by Khairul Aming: Ayam Masak Kicap Pedas

You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi by Khairul Aming: Ayam Masak Kicap Pedas

Hai, semua! Harini korang berbuka apa? Sebab harini min nak berkongsi satu resepi lauk kampung yang sangat menyelerakan dari KA.

Jom semak resepi Ayam Masak Kicap Pedas bersama Sambal Gesek kat bawah.

MENU: AYAM MASAK KICAP PEDAS

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 30 minit
Jumlah hidangan: 1 ekor ayam (6-8 orang)

Bahan-bahan (Ayam Masak Kicap):

  • 1 ekor ayam (potong 16 bahagian)
  • 3 biji bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • Halia
  • Pes cili kisar
  • 5 batang daun kari
  • Sos tiram
  • Kicap manis pedas/ kicap manis
  • 3 biji cili padi merah

Bahan-bahan (Sambal Gesek):

  • 15 biji cili padi merah
  • 15 biji cili padi hijau
  • 1 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

  • 1. Pertama sekali, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Kemudian, goreng di dalam minyak panas sehingga garing dan masak.
bahan tumis
  • 2. Ambil 3 biji bawang merah, 10 ulas bawang putih, 3 batang serai dan halia sebesar ibu jari untuk dikisar sehingga lumat.
apabila naik bau, masukkan cili kisar
  • 3. Tumiskan semua bahan kisar di dalam kuali sehingga naik bau. Kemudian, masukkan satu sudu cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  • 4. Masukkan 5 batang daun kari dan gaulkan seketika. Selepas itu, barulah masukkan 2 sudu besar sos tiram dan lebih kurang satu cawan kicap manis pedas. Gaulkan sehingga rata.
ayam masak kicap siap
  • 5. Apabila kuah sudah sedikit kering, masukkan 3 biji cili padi merah yang sudah diketuk bersama dengan ayam yang sudah digoreng tadi. Gaulkan lagi sehingga semua sebati. Siap!
  • 6. Seterusnya, untuk membuat sambal gesek, gorengkan 15 biji cili padi hijau, 15 biji cili padi merah, 1 biji bawang merah dan 5 ulas bawang putih sehingga layu.
  • 7. Tumbuk kasar semua bahan tadi. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian, tuangkan sedikit saja minyak panas tadi ke dalam sambal, gaul dan siap!
  • 8. Akhir sekali, bolehlah goreng telur dadar sebagai pelengkap hidangan!

Selamat mencuba semua!

Video penuh dari Tiktok KA: Video Resepi Ayam Masak Kicap Pedas

Leave a Reply