Dessert Cheesecake Yang Comel Dan Sedap Di Purple Monkey

You are currently viewing Dessert Cheesecake Yang Comel Dan Sedap Di Purple Monkey

Siapa sini suka cheesecake? Haa min lah orangnya. Min gemar betul dengan cheesecake ni lagi-lagi sekarang dah macam-macam jenis cheesecake ada. Topping pun sedap dan cheesecake dia lagi lah sedapkan. Tapi min jumpa satu cafe yang ada jual dessert cheesecake yang comel dan kecil sahaja. Cafe itu adalah Purple Monkey. Kalau korang nak tahu Purple Monkey ni dia sekali dengan restoran Pasta Ohsem. Maksudnya sambil korang makan dessert boleh lah korang cuba Pasta mereka sekali.

Kafe Purple Monkey sangat comel dan mereka memilih warna ungu sebagai warna kafe mereka. Pelbagai jenis cheesecake ada dihidangkan di cafe ni contohnya Nutty Choco, Peachy Mango, Blueberry n Cheese, dan banyak lagi. Mereka hidangkan dalam saiz yang besar dan ada juga saiz cheesecake yang kecil. Korang boleh pilih mana-mana korang suka dan harga pun berpatutan tau.

purplemonkey_SPK_storefront

Purple Monkey memiliki 3 outlet yang yang terletak di Seapark, Kuchai Lama, dan Puchong. Haa.. korang yang dekat tu boleh lah datang sini makan cheesecake. Sedap sangat cheesecake dia lembut dan topping pun menarik tau. Korang kalau nak tahu mengenai Pasta Ohsem boleh baca artikel ni. Mesti korang akan datang dan order semua pasta yang ada sebab sedap sangat-sangat pasta dekat sini. Tambah pula dengan dessert dari Purple Monkey memang terbaik. Boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/food-review/pasta-yang-boleh-buat-korang-teringat-ingat-lepas-makan-hanya-di-pasta-ohsem/

Menu Purple Monkey

1. Lotus Biscoff (RM80-RM105)

lotus biscoff

Peminat Lotus Biscoff mesti nak cuba cheesecake yang ni kan. Better korang cuba sebab min yakin korang tak akan menyesal.

2. Cookie Addict (RM69-RM99)

Cookie Addict

Cheesecake selalu dipadankan dengan cookies kan. Lebih-lebih lagi oreo tapi entah kenapa rasa dia sangat sedap bila dengan oreo.

3. Strawberry Hills (RM72-RM105)

Strawberry hill

Korang yang suka makan cheesecake dengan buah-buahan boleh cuba strawberry hills ni memang sedap. Buah yang segar makan pula dengan strawberry memang terangkat weh.

Untuk pengetahuan korang kafe Purple Monkey akan dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga jam 11 malam. Jadi korang boleh datang time lunch ke dinner ke. Semua waktu boleh. Korang kalau nak tengok menu apa yang kafe Purple Monkey ada boleh klik sini. Jangan risau semua cheesecake dekat sini menggunakan bahan yang halal. Kalau korang nak discount 10% masa makan dekat sini korang boleh register under Club Cari Makan. Selamat mencuba !

Location
📍Purple Monkey

30, Jln 21/19, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/RE7NqaSjpdo34e6d6

📲Instagram: https://www.instagram.com/purplemonkeycakes/
📲Facebook: https://www.facebook.com/PurpleMonkeyCakes
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@purplemonkeymy?lang=en