Syurga Buat Peminat Burger di Burger On 16

You are currently viewing Syurga Buat Peminat Burger di Burger On 16

Dah bosan dengan burger tepi jalan? Ada gerai yang serve burger murah dan rasa yang kurang memuaskan tapi cas harga kayangan? Jom ikuti perkongsian min kali ini, min nak share satu kedai burger yang jarang korang dapat di gerai gerai tepi jalan sana.

Kedai tersebut diberi nama Burger On 16. Di Burger On 16, mereka menyediakan aneka burger yang semestinya membuatkan korang nak datang lagi! Roti yang segar, potongan yang premium, hand-packed patties pada gril yang panas untuk kesempurnaan dengan rasa arang yang sempurna menghasilkan burger yang juicy. Ditambah dengan roti bakar mentega, keju gred tinggi, tomato dan bawang yang dihiris segar serta sos pedas homemade. Kalau nak tengok video review netizen boleh klik sini.

Burger di Burger On 16
Salah satu burger yang korang boleh order di Burger On 16. Sumber: Burger On 16/ Facebook

Burger On 16 dibuka setiap hari dari jam 11 pagi, hingga 1 pagi. Interior mereka pula berkonsepkan simple dan kontemporari. Sesuai dikunjungi seisi keluarga mahupun dengan kawan kawan. Tapi jangan pula korang pergi order nasi goreng pattaya pula kat sini ye sebab menu mereka semua hanyalah burger dan seangkatan dengannya.

Interior Burger On 16
Interior kedai di Burger On 16. Sumber: Burger On 16/ Facebook

Btw kalau korang nak check out restoran yang khas untuk pencinta kucing, korang boleh singgah ke Monster A Garden Cafe di Jalan Imbi. Boleh baca perkongsian min di sini ya https://purpledurian.my/food-review/monster-a-garden-cafe-syurga-pencinta-kucing/

Menu

1. Spinach Burger (RM20.80)

Spinach Burger
Spinach Burger

Antara yang terdapat dalam spinach burger ini adalah bayam, nutmeg, black pepper, bawang putih, besar besar, tomato, salad, basil pesto dan rempah ratus.

2. Tornado On Stick (RM6.05)

Tornado On Stick
Tornado On Stick

Tornado On Stick atau yang korang selalu beli di pasar malam tu iaitu kentang putar lidi. Mmepunyai tiga pilihan seasoning iaitu classic, pedas dan chicken salt.

3. Milano Pizza Burger (RM28.50)

Milano Pizza Burger
Milano Pizza Burger

Milano Pizza Burger adalah smash patty yang diletakkan beef pepperoni pizza bun diatasnya, bawang besar, tomato dan sos classic burger

4. Mad Cheese Burger (RM27.40)

Mad Cheese Burger
Mad Cheese Burger

Mad Cheese Burger, dengan patty daging yang disumbat dengan keju cheddar, diatasnya diletakkan tomato, keju cheddar yang sharp, salad serta sos burger klasik.

Review

Jarang kita tengok restoran yang memang dikhaskan untuk burger sahaja, tapi inilah kelainan yang dibuat oleh Burger On 16. Ditambah pula dengan menu lain yang best juga. Untuk harga, bagi min memang sedikit tinggi tetapi dengan kelazatan serta kualiti burger yang disediakan juga premium, rasanya berbaloi lah untuk mereka cas dengan harga begitu kan. Boleh lah orang kata nak cuba cuba tu, nak repeat ke tak terpulang kepada tekak masing masing.

Kalau korang yang diluar kawasan Kuala Lumpur tapi masih mencari kedai burger yang sedap dan best, korang boleh try Smashed Burger di Bukit Jelutong, Shah Alam. Boleh baca artikel yang min dah sediakan di sini ya https://purpledurian.my/makan/smashed-burger-menyajikan-100-daging-dari-australia/  

Location

📍Burger On 16

16, Lorong 1/77a, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/oQntNfKjryHvUany7

📲Website: https://burgeron16.com/

📲Phone: 03 9224 2117

📲Instagram: https://www.instagram.com/burgeron16/?hl=en

📲Facebook: https://www.facebook.com/BURGERon16/