Mana peminat ayam goreng? Jom kumpul sini kejap min nak share dengan korang lagi restoran best yang menyajikan burger dan ayam goreng dengan side dish yang menarik.
Restoran tersebut diberi nama Fowlboys. Mmepunyai dua cawangan iaitu di Hartamas dan di SS15. Fowlboys di Hartamas dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam, manakala Fowlboys di SS15 pula dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari hingga 11 malam.

Antara menu utama di Fowlboys ini diberi nama Sugar Daddy, The O.G Sandwish, Motherclucker, Double O.G dan Double Clucker. Kelima lima burger tersebut beraskan daging ayam yang sedap, besar, rangup diluar lembut didalam serta juicy. Untuk snacks pula, mereka menyajikan kepak ayam goreng buttermilk, dengan sos buatan sendiri. Kemudian ada yam goreng buttermilk ala popcorn dengan mayo pedas dan ayam rangup lembut dengan sos parmesan bawang putih.

Korang juga boleh cuba restoran lain yang juga ada menyediakan burger dan makanan ringan di Burger On 16 di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Boleh baca perkongsian min di sini https://purpledurian.my/makan/moden/syurga-buat-peminat-burger-di-burger-on-16/
Menu
1. Sugar Daddy (RM23.00)

Sugar Daddy disediakan dengan ayam honey butter bahagian thigh, selada masam, gherkins, dan mayo bawang putih pada bun kentang.
2. Motherclucker (RM22.50)

Motherclucker pula terdapat ayam bahagian thigh, selad berkrim, pickles, sos Cluck dan jem Fowl pada bun kentang.
3. The O.G Sandwish (RM20.50)

The O.G Sandwish mempunyai ayam bahagian thigh, pickles, sos Cluck dan jem Fowl pada bun kentang.
4. Chicken and Waffle (RM17.50)

Chicken and Waffle mempunyai ayam bahagian thigh, waffle dengan maple sirap dan jem Fowl
5. Mac Thriller (RM19.00)

Mac Thriller adalah deep fried mac and cheese dengan sos marinara.
Review
Untuk geng geng yang gilakan ayam goreng, memang inilah tempatnya. Dari burger dengan ayam goreng, chicken waffle, deep fried mac and cheese semua ada. Untuk harga bagi min memang sedikit tinggi tapi berbaloi sebab kualiti dan saiz mereka memang tak boleh bawa bincang besarnya. Recommended untuk siapa yang nak cuba. Mana yang ada di Hartamas atau SS15 boleh datang cuba, min letak location dekat bawah ya.
Btw kalau korang di kawasan hartamas tapi masih nak mencari amc and cheese yang sedap, min boleh recommend Saltys di The H Hartamas. Boleh baca perkongsian min di sini sekali okay https://purpledurian.my/makan/viral/saltys-syurga-buat-penggemar-mac-and-cheese-dan-spicy/
Location
📍Fowlboys SS15
38, Jalan SS 15/4b, SS 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/cSf24MwfL6SBo6XC8
📍Fowlboys Hartamas
18, Jalan 25/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/uXaHuHtXPESoiiLm8
📲Website: https://www.fowlboyskl.com/
📲Phone: 016 607 7601
📲Instagram: https://www.instagram.com/fowlboyskl/?hl=en
📲Facebook: https://www.facebook.com/fowlboyskl/