Tak Perlu Tunggu Orang Kahwin Pun Dah Boleh Nasi Kahwin di Kedai Nasi Kahwin Hari Hari

You are currently viewing Tak Perlu Tunggu Orang Kahwin Pun Dah Boleh Nasi Kahwin di Kedai Nasi Kahwin Hari Hari

Ingat tak dulu pernah viral makanan atau restoran yang best yang ada di Bukit Bintang di TikTok? Haaa mesti tahu kan macam Halab Gate KL, Shawarma Damascus, Kunafa Crisp, 32 Parfait, Nasi Kahwin Hari Hari dan banyak lagi. Jadi hari ni min nak share salah satu dari gerai yang min sebut tadi iaitu Nasi Kahwin Hari Hari.

Nasi Kahwin Hari Hari ni berkonsepkan gerai tepi jalan. Tetapi sekarang diorang dah buka cawangan baru tau iaitu hanya di belakang gerai yang lama dan 15 tapak jalan dari gerai lama untuk ke sana. Kalau dulu kena makan sekali di belakang lorong je sambil kereta dan lori lalu lalang. Tapi sekarang pun masih ada cuma disyorkan untuk makan di kedai baru mereka lah supaya lebih selesa. Waktu operasi mereka masih sama, dibuka setiap Isnin hingga Sabtu dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

Kedai Nasi Kahwin Hari Hari yang lebih selesa.
Kedai Nasi Kahwin Hari Hari yang lebih selesa. Sumber: Nasi Kahwin Hari Hari/ Facebook

Untuk menu pula, sesuai dengan nama gerai mereka iaitu nasi kahwin, jadi mereka hanya menyediakan empat jenis lauk sahaja iaitu ayam rose terangkat, ayam madu dua, daging masak hitam dan kambing pasamah. Nasi semestinya nasi hujan panas lah kan kalau nama pun nasi kahwin. Air pula free refill wey tapi air sirap je lah sebab memang itu je signature nasi orang kahwin kan.

Gerai lama Nasi Kahwin Hari Hari di Jalan Berangan, Bukit Bintang
Gerai lama Nasi Kahwin Hari Hari di Jalan Berangan, Bukit Bintang. Nasi Kahwin Hari Hari/ Facebook

Untuk korang yang nak belajar cara untuk membuat hidangan nasi minyak ini, boleh singgah di artikel min yang sebelum ni, ada sedikit perkongsian cara hidangan nasi minyak ini. Boleh baca di sini ya https://purpledurian.my/makan/nasi-minyak-orang-kahwin-rasa-tulen/

Menu

1. Set Nasi dan Ayam Rose Terangkat (RM9.00)

Set Nasi dan Ayam Rose Terangkat
Set Nasi dan Ayam Rose Terangkat

Antara lauk favorite dan best seller di gerai Nasi Kahwin Hari Hari ini iaitu lauk ayam rose terangkat. Baru ada feel macam makan kat kenduri kahwin.

2. Set Nasi dan Ayam Madu Dua (RM9.00)

Set Nasi dan Ayam Madu Dua
Set Nasi dan Ayam Madu Dua

Ayam madu dua ini pula kalau yang suka manis manis. Tapi tak terlampau manis sebab nak combine dengan nasi hujan panas kan.

3. Set Nasi dan Daging Masak Hitam (RM9.00)

Set Nasi dan Daging Masak Hitam
Set Nasi dan Daging Masak Hitam

Haa yang ini pula kalau yang suka makan nasi kahwin dengan daging. Daging dia lembut, kuah pun secukup rasa.

4. Set Nasi dan Kambing Pasamah (RM9.00)

Set Nasi dan Kambing Pasamah
Set Nasi dan Kambing Pasamah

Ini satu satunya lauk kambing yang ada di gerai Nasi Kahwin Hari Hari ini. Rasa daging kambing yang memang lembut dan kuahnya pula terangkat habis lah.

Review

Disebabkan min dah banyak kali pergi Gerai Nasi Kahwin Hari Hari ini, min boleh cakap yang kesedapan lauk yang diorang sediakan memang maintain. Tak ada kurang tak ada lebih. Harga pula tak payah pening pening, sama je bagi semua lauk. Nak order kat situ pun senang, konsep makan dulu bayar kemudian. Yang mana belum singgah di Gerai Nasi Kahwin Hari Hari ni, boleh lah singgah di kedai baru mereka tu ya. 


Btw kalau nak cuba makanan lain selain nasi yang ada di Bukit Bintang ni, korang boleh cuba makan di Halab KL, boleh baca perkongsian min di sini ya https://purpledurian.my/makan/moden/rasai-keunikan-hidangan-timur-tengah-di-halab-kl/

Location

📍Nasi Kahwin Hari Hari

No. 8, Lorong Jalan Berangan, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/ARxfq7nRPQBd71AJ9

📲Phone: 016 305 5388 / 016 232 9245

📲Instagram: https://www.instagram.com/nasikahwinharihari/?hl=en

📲Facebook: https://ms-my.facebook.com/Nasikahwinharihari/