Dragona Magic Pengganti Dalgona Coffee!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Dragona Magic Pengganti Dalgona Coffee!

Bermulalah trend-trend baru di sosial media apabila berlakunya lockdown. 

Pada PKP pertama yang berlangsung pada tahun 2020, Dalgona Coffee telah menjadi trend yang viral yang bermula di TikTok. 

dalgona coffee

Terdapat beribu-ribu video dan konten menunjukkan cara-cara untuk membuat dalgona coffee. 

Cara-caranya adalah hanya dengan memukul campuran serbuk coffee instant dan air panas sehingga menghasilkan konsistensi yang pekat dan gebu. 

Ada juga yang telah mengimplikasikan trend dalgona ini dengan menukarkan serbuk coffee instant kepada serbuk Milo yang dinamakan Dalgona Milo, sesuai untuk sesiapa yang bukan peminat coffee. 

dalgona milo

Pelbagai lagi konten-konten yang creative yang telah diimplikasikan oleh beribu pengguna sosial media berkenaan dalgona dengan menggantikan serbuk coffee instant dengan bahan-bahan yang lain untuk menghasilkan dalgona yang bermacam jenis.

Seperti Dragona Magic, buah dragon fruit digunakan untuk menghasilkan dalgona.

two glasses dragon fruit drinks

Cara-cara untuk membuat Dragona Magic 3 Layers

Bahan-bahan:

  • Dragon fruit
  • Whipped cream
  • Full cream milk
  • Susu manis
  • Mint leave

Cara-cara:

  • Untuk mixture yang pertama, 1 buah dragon fruit yang telah dipotong, whipped cream, dan susu manis dimasukkan ke dalam mangkuk untuk di blend menggunakan mixer.
  • Mixture yang kedua, 1 buah dragon fruit yang telah dipotong kemudian di blend dengan mixer untuk menghasilkan mixture dragon fruit color pink yang pekat.
  • Untuk menghasilkan 3 layer, tuangkan susu full cream ke dalam gelas.
  • Kemudian tuangkan mixture yang pertama.
  • Akhir sekali, tuangkan mixture yang kedua.
  • Mint leave sebagai hiasan.

Lihat video ringkas cara menghasilkan Dragona Magic ini di TikTok Purple Durian!

@purpledurian

Dalgona Coffee ❌ Dragona Magic ✅.#f#yp #h#omecafe #t#iktokmalaysia #d#algona #r#esepi #f#oodie #m#inumpetang #b#uahnaga #s#edapsangat #M#YLockdownFoodie

♬ Cozy Beat – Aesthetic Sounds
Comments