Makan dan Nikmati Permandangan Ladang Kambing di House of Kambing

You are currently viewing Makan dan Nikmati Permandangan Ladang Kambing di House of Kambing

Korang dah makan belum tu? Masih tak jumpa nak makan mana, nak makan apa? Kawan kawan asyik push korang untuk suggest tempat makan best dan sedap? Jom sini min tolong kongsikan satu tempat best yang specialty diorang ni adalah kambing.

Nama restoran tersebut adalah House of Kambing. Dengar nama je pun dah tahu yang diorang memang bertumpukan kambing sahaja. Ada kambing bakar, kambing goreng crispy, nasi gforeng kambing, sup kambing dan banyak lagi. Tapi jangan risau, kalau kawan korang tak makan kambing, House of Kambing juga ada menyediakan ayam bakar seperti nasi kukus ayam bakar. Baru sebut nama je pun terliur ni haih.

Antara set kambing bakar dan kambing crispy di House of Kambing
Antara set kambing bakar dan kambing crispy di House of Kambing ini. Sumber: House of Kambing/ Facebook

Untuk lokasi House of Kambing ini pula sangat unik. Kedai ini berlokasi berdekatan dengan ladang kambing di MAEPS tau. Haaa korang boleh tengok kambing sebelum korang makan dan selepas korang makan. Restoran ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dari 11 pagi hingga 6 petang. House of Kambing mempunyai dua cawangan iaitu satu di MAEPS, Serdang dan satu lagi di Bangi. Nanti min letak link location macam biasa di bawah ya.

Salah satu lokasi House of Kambing
Salah satu lokasi House of Kambing. Sumber: House of Kambing/ Facebook

Btw kalau korang yang jauh dari Serdang atau Selangor tapi masih mengidam nak makan kambing, korang boleh singgah di Kafe Kambin, kafe yang bertumpukan lebih banyak resepi berkaitan kambing. Boleh baca perkongsian min di sini ya https://purpledurian.my/makan/viral/melampaui-rasa-nikmati-daging-kambing-sebenar-di-kafe-kambin/  

Menu

1. Nasi Goreng Kambing (RM13.90)

Nasi Goreng Kambing
Nasi Goreng Kambing

Nasi Goreng signature dari House of Kambing, daging kambing berempah dan sup kambing.

2. Nasi Kukus Kambing Bakar (RM17.90)

Nasi kukus kambing bakar
Nasi kukus kambing bakar

Kambing perap signature dihidangkan dengan nasi kukus, kari, kobis, timun dan sambal belacan.

3. Kambing Crispy (RM21.90)

Kambing crispy
Kambing crispy

Kambing Goreng Crispy, kentang goreng dan sos cili.

4. Nasi Kukus Ayam Bakar (RM10.90)

Nasi kukus ayam bakar
Nasi kukus ayam bakar

Ayam bakar pun ada kat sini tau. Dihidangkan dengan ayam perap signature, nasi kukus, kari, kobis, timun dan sambal belacan

Review

Terliur kan tengok tengok tadi? Min sendiri pun terliur, macam nak start kereta terus pergi serbu. Rata rata review pun cakap memang terangkat lah dengan daging bakar diorang ni. Untuk kambing crispy pula adalah terhad. Kalau kroang nak rasa sendiri kambing crispy tu macam mana, jangan lupa singgah di House of Kambing Serdang dan Bangi.

Kalau korang di area Shah Alam tapi mengidam nak makan kambing juga, min pun pernah kongsi satu tempat best yang specialty dia pun kambing bakar juga di Suadagar Kambing Bakar. Boleh baca perkongsian min di sini https://purpledurian.my/makan/moden/kambing-bakar-paling-best-di-shah-alam-semestinya-saudagar-kambing-bakar/

Location

📍House of Kambing (Serdang)

Jalan MAEPS 4/1, 43000 Kajang, Selangor

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/acdezKFUdFfYdsm58

📍House of Kambing (Bangi)

Jalan 9/2, Taman LKS, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/m7xWzcSBvbHeQMDYA

📲Website: https://hok.asia/

📲Phone: 012 282 3430

📲Instagram: https://www.instagram.com/houseofkambing/?hl=en

📲Facebook: https://www.facebook.com/houseofkambing

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@hok.asia

Comments