Pelanggan Kecewa Menu Baru McDonalds Lain Daripada Yang Diiklankan?

You are currently viewing Pelanggan Kecewa Menu Baru McDonalds Lain Daripada Yang Diiklankan?

McDonalds keluarkan lagi menu limited edition?

via GIPHY

Baru sahaja beberapa minggu lepas McDonalds keluarkan Burger Rio, tapi sekarang dah keluarkan menu limited edition lagi?

Baru-baru ini, McDonalds kembalikan balik menu limited edition mereka iaitu Spicy Korean Burger.

mcdonalds malaysia new menu

Spicy Korean Burger dengan pilihan daging atau ayam, terdapat sos Korea yang pedas dengan sayur-sayuran yang segar. 

Tidak lupa juga roti bun charcoal yang menarik perhatian para pelanggan.

Tapi pada tahun ini, Spicy Korean Burger boleh juga didapati satu patty daging dan satu patty ayam dalam satu burger iaitu Spicy Korean Burger K-Duo Chicken & Beef.

spicy korean burger mcdonalds

Memang puas habis kalau dapat makan K-Duo Chicken & Beef!

via GIPHY

Salah satu Youtuber Malaysia, Jonathan Ng telah memuat naikkan video review Spicy Korean Burger K-Duo Chicken & Beef dari McDonalds ini.

Lihat video:

Terdapat juga menu dessert baru iaitu Butterscotch Cookies Mcflurry dan Yuzu Cream Cheese Pie!

mcdonalds malaysia dessert

Meriah betul menu baru dari McDonalds!

Disebalik itu, menu Spicy Korean Burger nampak lain bila dah beli?

Memanglahhh…

Selepas dipaketkan untuk customer, buka-buka mesti keluar macam tu…

Tapi jangan risau! Rasa masih sama dan akhirnya masuk perut juga!

via GIPHY

Korang dah dapat rasa ke belum McDonalds Spicy Korean Burger untuk tahun ni punya? Cuba komen!

Lihat iklan Spicy Korean Burger di Youtube channel McDonalds Malaysia!

Comments