Malaya Steamboat & Grill Puchong Prima Antara Steamboat Terbesar Di Puchong!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing Malaya Steamboat & Grill Puchong Prima Antara Steamboat Terbesar Di Puchong!

Korang pernah pergi restoran steamboat & grill paling besar dekat Puchong? Macam-macam jenis makanan ada dia sediakan dekat sini. Bermula dari makanan berat seperti mee kari, kuey teow goreng, nasi goreng dan lain-lain. Pilihan makanan laut pun banyak tau korang seperti kerang, lala, ketam, udang, ikan dory, dan banyak lagi. Pilihan sayur pun banyak korang. Korang kalau nak buat yong tau foo sendiri pun boleh sebab ada lebih 15 jenis bebola yang korang boleh pilih. Haa nak tahu apa nama restoran yang best ni? Namanya adalah Malaya Steamboat & Grill Puchong Prima yang terletak di Puchong, Selangor. Harga untuk orang dewasa dan kanak-kanak pun sangat berpatutan tau. Sekali bayar makan sampai kenyang weh. Memang berbaloi !

Restoran Malaya Steamboat & Grill Puchong Prima ni memang selalu menjadi tumpuan orang ramai sebab kawasan restoran dia besar dan sesuai untuk pelanggan yang bawa family besar datang makan disini. Harga untuk seorang dewasa RM35.00 sahaja dan seorang kanak-kanak (6-12 tahun) berharga RM19.00 manakala seorang dewasa OKU RM25.00 sahaja. Murah sangatkan korang ! Dengan harga ni korang boleh makan sepuasnya. Memang kenyang sampai esok haha..

steamboat malaya
customer

Memang terliur tengok bahan-bahan yang mereka sediakan untuk steamboat dan juga grill. Korang boleh refill berulang kali sampai korang kenyang. Kalau korang nak cari lagi tempat steamboat & grill yang best di area Selangor korang patut baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/moden/pilih-dan-makan-sepuasnya-di-hausgrill-steamboat-cheese/

Menu Malaya Steamboat & Grill Puchong Prima

1. Grill Malaya Istimewa

perapan daging

Di bahagian grill malaya istimewa adalah perapan ayam, daging dan juga kambing. Untuk ayam dan kambing mereka ada seasoning BBQ dan black pepper manakala ayam ada perapan hijau, BBQ, dan black pepper. Semua jenis perapan ni sedap weh tak rugi korang cuba ni. Makan pula dengan sos istimewa yang diorang buat memang mantap.

2. Seafood Malaya Istimewa

seafood

Bahagian seafood ni pula ada ketam, udang, lala, kepah, kupang, udang, sotong dan banyak lagi yang sesuai untuk korang buat steambot. Letak dalam kuah tomyam diorang yang pekat tu makan panas-panas memang padu weh !

3. Yong Tau Foo Malaya

bebola

Yong Tau Foo Malaya ni adalah bahagian bebola. Korang boleh je ambil letak dalam kuah tomyam ikut citarasa korang. Yang penting semua jenis bebola ni sedap-sedap.

Haa macam mana terliur ke tak? Bayangkan tengah bakar-bakar seafood dan perapan makan pula panas-panas dengan sos pilihan hati korang memang terbaik. Mereka buka setiap hari bermula dari jam 5 petang hingga 11 malam. Sebelum datang korang wajib booking meja dulu sebab takut penuh. Jangan lupa bawa sekali family dan kawan-kawan korang makan ramai-ramai barulah syok!

Location

📍Malaya Steamboat & Grill Puchong Prima
Lot 65089, Persiaran, Taman Puchong Prima, 47100 Puchong, Selangor

📞Phone: 012 364 8715 / 019 364 8779
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/j5LJaG8kGzM4y6x37

📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Malaya-Steamboat-Grill-Puchong-Prima-100083377388805/