Minum Es Batu Sambil Tengok Menara! | Cur.Hat.Ku, Kuantan

You are currently viewing Minum Es Batu Sambil Tengok Menara! | Cur.Hat.Ku, Kuantan

Pernah tak korang minum air dalam ais batu yang besar? Dalam nama lain kita boleh panggil ‘iceberg’ lah kan. Ada satu kedai di Kuantan ni simple je tau dan terletak kat tepi jalan je tapi view yang korang boleh nampak kat sini best gila tau.

Ni lah kafe tu!

Kat sini korang akan duduk berhadapan dengan Menara Kuantan. Kalau datang waktu malam, bolehlah korang tengok lampu-lampu dekat menara tu. Sementara tunggu order korang siap boleh lah tangkap gambar kejap kat area sini sebab ada satu jalan yang penuh dengan seni tau atau orang panggil ‘art street’. Dekat je 10 langkah korang boleh sampai.

Menara Kuantan

Haritu kami dari Purple Durian ada pergi ke sini untuk merasa sendiri macam mana nak minum air kopi daripada iceberg ni. Korang mesti tertanya kan, “tak cair ke ais ni?” “kena minum cepat cepat ke?” macam-macam lagi kan, tapi takpe korang takyah risau sebab ais yang disediakan ni agak lambat jugak lah tau nak cair. Sempat lagi korang nak tangkap gambar sampai korang puas hati!

Korang pernah tengok Senario XX tak? Ada rupa kapal angkasa Zoragon sikit 😂🤣. Kami order dua jenis air untuk dihidangkan dalam iceberg ni iaitu air Kopi dan Bikini Bottom. 
Nice gila kan view?

Selain daripada iceberg ni kan, korang boleh order pizza jugak tau. Pizza ni akan dibuat lepas korang order so korang akan dapat makan pizza yang panas-panas dan lembut lagi!

Pizza Margarita. Tengoklah keju dia yang baru nak cair tu.
Pizza ni lembut sangat tau. Sedap!
Korang kena try semua yang kitorang order ni tau! 

So tunggu apa lagi? Korang yang rasa nak travel pergi Kuantan tu bolehlah singgah kafe Cur.Hat.Ku ni dan try sendiri rasa air yang diminum di dalam iceberg. 

📍: Cur.Hat.Ku Cafe

96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 2pm-10pm Selasa-Ahad, Isnin ditutup. 

Google Maps: Cur.Hat.Ku Cafe

Instagram: Cur.Hat.Ku Cafe

Comments