Korang yang suka scroll TikTok tu mesti pernah dengar pasal Donut Susu yang tengah viral tu, kan? Donut Susu ni ialah gabungan donut yang gebu dan lembut disalut dengan susu tepung yang lemak manis. Bayangkan gigit isi donut yang gebu macam kapas kat dalam dan topping luar manis, pergh meleleh air liur! Selepas je reda sedikit hype pasal Donut gebu yang dekat area Gombak tu, Donut susu pula yang naik.
Namun, Donut susu ni bukanlah resipi baru tau tapi dah lama ada sebab resipi donut susu ni kesukaan anak-anak.
Jadi mesti ada yang pernah makan Donut susu air tangan mak korang masa kecil dulu, kan? Memang tak ramai yang jual Donut susu ni dan ianya sering jadi resipi untuk dibuat dirumah je sebenarnya. So, macam mana boleh viral?
Salah satu punca yang menyebabkan tercetusnya fenomena Donut Susu baru-baru ni ialah kedai Donut yang popular di Penang tu. Caah’s Donut yang beroperasi di Seberang Jaya, Penang sejak tahun 2020 lagi. Mereka mahir dalam pembuatan donut yang lembut dan gebu, dan hanya satu perisa yang dijual iaitu Donut Susu.
Setiap donut dibuat dan diuli segar di kedainya mengikut resipi asli dari ibu mereka. Selepas diuli dan ditekap menjadi bentuk donut, digoreng pula sehingga rangup dengan mengekalkan kegebuan setiap donut tu. Donut susu disini disalut mengunakan susu tepung dan gula aising, memang padu! (Sumber: Halal Foodie) Kalau lalu dekat situ dan nampak ramai orang beratur, sahlah itu kedai Caah’s Donut ni!
Perkongsian seorang pengguna Tiktok yang singgah ke Caah’s Donut mendapat jumlah ‘likes’ mencecah 107k! Memang Viral la! Malangnya, dekat KL ni memang agak susah nak dapat Donut Susu ni, puas kami cari kalau ada pun memang agak jauh dari tempat kami. Cuma lokasi yang kami jumpa adalah seperti gerai di tepi jalan sahaja. Nak jumpa yang betul betul gebu, manis secukup rasa tu agak susah lah. Mungkin ada yang jual betul betul sedap cuma kadang kadang mereka tak viral pun, hanya dikunjungi dengan customer berdekatan sahaja.
Jadi, disini kami akan tunjukkan cara-cara dan resipi pembuatan donut susu ini supaya kita semua dapat rasa Donut ni tanpa perlu beratur panjang dan travel ke Semenanjung sana!
Cara-cara:
- Yis Mauripan 1 pack (Perlu dibancuh dengan air suam sampai berbuih)
- Tepung gandum 1kg
- Telur 1 biji
- Marjerin 2 sudu
- Susu pekat 2 sudu
- Susu tepung 2 sudu lebih
- Garam
- Yis dah kembang campur semua bahan di atas dan uli sejam
- Lalu, bentukkan bulat seperti donut dan sedia untuk digoreng
Salutan susu:
- Susu tepung (Fernleaf) dan gula aising
- Campur dua bahan tersebut dan dah boleh disalut dengan donut
Lokasi
Ini adalah antara lokasi viral yang kami jumpa dan boleh kami kongsikan kepada anda semua bagi sesiapa yang nak merasa donut susu yang viral itu.
📍Caah’s Donut Susu
Jalan Permatang Pauh, Kampung Belah Dua, 14000 Permatang Pauh, Pulau Pinang
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/j7iTwfMfcbU8Maiq5
📍Donut & Coffee
405, Jalan Pandan 3, Pandan Jaya, 55100 Kuala Lumpur, Selangor
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/eJYds2j6j8Ar36DR7
Sumber: Noor Shafiqah Ghazali @ Facebook