Cheryl Samad dan Ng Ping Ho Bawa LOKL Coffee Co. Sampai Jadi Asia Top 80

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden / Viral
  • Reading time:7 mins read
You are currently viewing Cheryl Samad dan Ng Ping Ho Bawa LOKL Coffee Co. Sampai Jadi Asia Top 80

Korang kenal tak Cheryl Samad? Budak-budak 90-an confirm kenal pengacara Muzik Muzik dan pelakon drama bersiri Ghost. Dah lama kan tak nampak beliau kat TV. Ni sebab beliau sekarang fokus dengan bisnes kafe beliau. Kepada sesiapa nak tahu, Cheryl Samad ada kafe di Jalan Tun H.S. Lee yang namanya LOKL Coffee Co. yang dibuka bersama suaminya, Ng Ping Ho sejak 2012 lagi.

Kafe ni pernah tersenarai sebagai Asia Top 80 Cafe pada tahun 2021. Dahsyat kan? Feeka Coffee Roasters, Antipodean, Foo Foo antara tiga lagi kafe yang tersenarai dalam tu.

Sumber: Facebook

Vibe kafe ni memang nostalgia sebab lokasinya yang di bangunan bersejarah hampir 100 tahun. Luar kedai memang nampak macam bangunan antik. Logo ‘cap ayam’ LOKL berikan motif zaman ala-ala P.Ramlee. Tapi bila korang masuk dalam suasana dia memang santai. Ruang yang privasi berikan rasa macam makan dekat kafe speakeasy.

Nama ‘LOKL’ (lokal) adalah sebab dorang bangga sebagai rakyat Malaysia dan sejarah yang ada di Kuala Lumpur. Di dalam bangunan yang berusia 100 tahun, LOKL berazam untuk menjadi tempat karyawan dan digital nomad membina sejarah dan rakyat Malaysia membuat memori baru bersama yang tersayang.

Menu

Sumber: LOKL

Menu di LOKL lebih kepada comfort food dengan Asian twist, makanan barat, Perancis, Hainan dan makanan tradisi. Tapi yang special kat sini adalah kopi. Kalau korang suka kopi ataupun tengah cari port mengopi dengan kawan, LOKL boleh masuk dalam list korang. Menu penuh boleh tengok di sini.

1) Coffee Bon Bon

Sumber: Instagram

Pencinta kopi boleh try coffee bon bon special LOKL. Bon bon ialah resipi kopi ala Sepanyol. Rasa biji kopi original dengan susu pekat manis. Dia macam kopi susu tapi daripada biji kopi original. So, rasa dia lebih ‘mellow’ dan level kafein memang tinggi. Ada rasa pahit kopi sikit dan aftertaste masam dan manis.

2) Thai Omelette Rice

Resipi dari Siam ni memang sedap dan portion pun besar. Ni bukan macam telur dadar biasa, ok! Thai omelette dia ada rasa masam dan tekstur yang rangup di luar dan gebu di dalam. Makan pula dengan nasi memang ngam la.

3) Smoked Brisket Hash

Sumber: Twitter

Daging ‘brisket’ dengan kentang ni memang sesuai kalau korang dalam mood western. Di sajikan dalam kuali besi tuang (cast iron pan) so ni macam makan ‘sizzling’. Campurkan semua elemen dalam masakan ni dan rasa dalam satu suapan. Kombinasi ni memang best.

Review

Sumber: Diva

LOKL sekarang antara kafe terbaik di KL lagi-lagi untuk sarapan pagi. Min pergi sana time breakfast terus full house. So, kalau nak bersarapan kat sana kena pergi awal, ya. Kalau korang nak cari tempat berbuka, dorang sekarang ada pakej untuk Ramadan so boleh tengok kat sini.

Kat sini memang cepat penuh kalau time sarapan untuk hujung minggu. Jadi korang kena datang awal. Kalau hari minggu pula, lunch time pun memang cepat penuh sebab ramai yang bekerja dekat-dekat area tu akan lunch kat sana. Tapi memang worth it kalau korang ada kat situ. Options vegetarian pun ada, so jangan risau. Parking agak susah sikit tapi ada parking berbayar kat situ. Tapi kena jalan sikit la. Menu dia walaupun simple tapi memang best.

Lokasi

📍LOKL Coffee Co
30, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
📞+6018-968 5515
🗺 Google maps : https://goo.gl/maps/Au35H8kRgVSvDC45A
📱Instagram : @loklcoffee

Ada lagi satu kafe best yang berjiran dengan LOKL. Kalau nak tahu, baca artikel ni.

Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.