Nasi Ulam – Makanan Warisan Yang Hampir Pupus

You are currently viewing Nasi Ulam – Makanan Warisan Yang Hampir Pupus

Nasi ulam adalah nasi yang bercampuran dengan ulam-ulaman yang beraroma dan menyihatkan. Nasi ulam adalah masakan warisan Melayu yang menjadi kegemaran orang zaman-zaman dulu. Nasi ulam ni memang sedap, aromatik, sihat, dan sangat menyelerakan dengan hidangan sampingan daging atau ikan. Lebih-lebih lagi, hidangan ni tanpa lauk sampingan pun boleh jadi hidangan lengkap dengan sendirinya.

Nasi ulam makanan warisan di Malaysia. Sumber: Google

Sekarang dah susah nak cari orang jual Nasi ulam ni sebab dah tak ramai yang makan hidangan ni. Dulu Min pernah rasa masa beli dekat Bazar ramadhan, sekarang dah lama tak makan. Orang utara mesti selalu makan nasi ulam ni sebab hidangan ni femes kat belah-belah sana. Kalau budak-budak zaman sekarang tengok nasi ulam ni mesti diorang akan cakap nasi kerabu, sebab rupa dia lebih kurang.

Agak serupa dengan Nasi kerabu. Sumber: Google

Namun dalam nasi ulam ni lebih banyak ulam yang digunakan tau, semua bahan-bahannya dihiris halus dan dicampur dengan nasi dan bahan-bahan sampingan lain. Resepi nasi ulam ni biasanya turun temurun dari generasi nenek moyang kita. Dekat kampung je selalu orang buat nasi ulam ni sebab senang nak dapat pelbagai jenis ulam-ulam yang nak guna dalam hidangan ini.

Antara bahan-bahan yang diguna dalam nasi ulam. Sumber: Google

Cara penyediaan nasi ulam pun takde la susah mana. Pastikan korang ada daun kaduk, daun selom, daun kesum, ulam raja, daun kemangi, bungan kantan, pucuk gajus dan korang hiris halu halus semua ulam ni. Tambah juga isi ikan kalau nak bagi ada rasa yang lebih syiok hehe. Jangan lupa kerisik dan beberapa bahan asas lain seperti halia, lengkuas, serai, bawang merah yang korang kena tumbuk halus. Dah ada semua bahan, campak dan gaulkan je semua. Senang, kan?

Nasi ulam biasanya diaman begitu sahaja. Sumber: Google

Hidangan eksotik dan beraroma ni adalah salah satu hidangan tradisional lazat yang unik di Malaysia. Agak sedih berapa ramai dah tak kenal hidangan ni kerana dah tak ramai yang buat. Min harap hidangan ni tak pupus lah, sebagai penggemar makanan, min akan pastikan akan kenalkan hidangan ni kepada generasi muda! Itu lah salah satu tujuan Min tulis artikel ini harini!

Comments