Burasak: Sajian Tradisi Orang Bugis Yang Sedap & Disukai Ramai

You are currently viewing Burasak: Sajian Tradisi Orang Bugis Yang Sedap & Disukai Ramai

Makanan yang dipanggil burasak ini merupakan makanan tradisional suku kaum Bugis. Ianya bukan sahaja terkenal di negeri Johor malah terkenal juga di negeri Sabah kerana kedua-dua negeri ini berdekatan dengan Indonesia, maka tidak hairanlah pengaruh Bugis begitu meluas di kedua-dua negeri tersebut. Makanan ini juga merupakan hidangan istimewa dan hanya disediakan menjelang Hari Raya. Ianya disajikan bersama- sama dengan ayam masak likku (masak serai), ayam masak merah dan asam pedas ikan parang. Jika dilihat bentuk burasak, ia seperti lepat pisang kerana bentuknya yang leper dan dibungkus dalam daun pisang yang telah dilayur terlebih dahulu.

Bahan-bahan

  • Beras
  • Santan
  • Air
  • Garam
  • Daun pisang – potong saiz kertas A4
  • Daun pisang bersaiz besar
  • Tali untuk mengikat (tali rafia)

Cara-cara

  • 1. Basuh beras, kemudian satukan bersama santan, air dan garam seakan memasak nasi lemak. Tanah sehingga nasi hampir masak.
  • 2. Bungkus nasi yang dimasak tadi menggukana daun pisang. Lipat nasi seperti melipat kuih lepat pisang, urut-urut atas bungkusan leper dan padat. Pastikan tidak terlalu nipis ataupun terlalu tebal.
burasak
  • 3. Ambil 6 keping bungkusan burasak. Bungkus sekali lagi menjadi bungkusan besar menggunakan daun pisang. Kemudian, ikat dengan kemas.
  • 4. Untuk memasaknya, rebus bungkusan burasak tadi selama 8 jam.
  • 5. Selepas 8 jam, angkat dan sejukkan, burasak enak dimakan bersama Asam Pedas Ikan Parang dan Bejabuk.

Selamat mencuba!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.