Best ke Bazar Ramadan Putrajaya Tahun Ni?

You are currently viewing Best ke Bazar Ramadan Putrajaya Tahun Ni?

Antara bazar Ramadan yang sentiasa menjadi tarikan pengunjung setiap kali tibanya bulan yang mulia ni, tak lain tak bukan mestilah bazar Ramadan yang terletak di Presint 3, berdekatan dengan Masjid Besi yang terkenal tu.

Besar kan bazar ni? (Kredit: BERNAMA)

Bazar yang mula beroperasi daripada 3 April sehingga 2 Mei ni membolehkan ramai orang singgah ke bazar ni untuk membeli juadah berbuka puasa. Seperti biasa, banyak juadah dan terdapat pelbagai variasi makanan yang korang boleh pilih, dari kuih-muih sehinggalah makanan berat seperti nasi berlauk dan macam macam lagi.

Kami dari team Purple Durian dah pergi sendiri tau berjalan di bazar Ramadan Putrajaya ni. Besar dan sangat-sangatlah ‘spacious’. Tak payah bersesak sebab situasi kat sini amatlah teratur. Parking pun banyak tapi ada jugak yang korang kena jalan jauh sikit, tapi takde hal lah kan untuk bazar yang best ni? 

Kat sini, ada satu gerai yang jual satu makanan yang semakin popular ni tau. Korang pernah try Tongmo Bakar tak? Kalau belum, boleh lah singgah ke bazar ni!

Tongmo Bakar 🤩

Selain tongmo bakar ni, ada juadah lain yang korang boleh pilih. Korang tengoklah sendiri okay! 

Unik kan agar-agar ni?
Ada pilihan antara beef atau lamb kat sini berharga dari RM15-RM17 je korang!
Ikan bakar 🐟🔥
Aneka kek yang berharga RM12. Besar dan gebu ye kek ni!
Kuih keria gula melaka pun ada.
Macam biasa, kuih-muih pelbagai variasi untuk dipilih.
Makanan simbolik pantai timur!

Menarik tak bazar Putrajaya kalini?  Banyak jugak isu yang terjadi kat bazar ni kan tapi, kita hiraukan je lah dan pastikan diri kita sendiri memilih makanan yang bermutu dan elakkan pembaziran juga tau.

So, dah tahu ke nak beli apa nanti? Apa apa pun, kalau pergi nanti jangan lupa pakai mask dan amalkan penjarakan sosial ok! 

Bazar Putrajaya: Persiaran Perdana, Presint 3, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Comments

Leave a Reply