Fire Dragon Burger Texas Chicken Kembali Lagi!

You are currently viewing Fire Dragon Burger Texas Chicken Kembali Lagi!

Siapa tak kenal lagi kan nama jenama makanan fast food terkenal tahun 2022 ni kan? Jenama yang makin terkenal dengan kebesaran ayam goreng mereka dan burger dan wrap yang sedap dan sangat sedap. Memang tak disangkal lagi jenama ni kian meningkat naik dengan jenama makanan fast food yang lain di Malaysia! 

Kini Texas Chicken kembali lagi dengan burger yang terbesar oleh mereka!

Dua jenis burger dan satu wrap untuk dicuba!

Jom lah korang cabar diri korang dengan Burger Fire Dragon Monster tu. Dalam burger tu terdapat dua ketul tenders dan isi paha ayam dan dilengkapkan dengan sos fire dragon untuk memberikan rasa pedas berapi bila korang makan burger ni!

Korang tengoklah memang besar betul!

Kalau korang rasa korang tak mampu nak makan burger yang besar macam Burger Fire Dragon Monster, korang boleh try Fire Dragon Burger yang datang dengan isi paha ayam dan sos pedas berapi, Fire Dragon. Kalau taknak makan burger, korang boleh cuba Fire Dragon Wrap tau! Memang pedas berapi tapi sedap!

Selain itu, semua burger dan wrap turut mengandungi coleslaw tau. Setiap gigitan korang tu korang akan dapatkan gabungan pedas dan sedap daripada burger atau wrap dan coleslaw yang mereka sediakan!

Kesemua rangkaian menu dalam edisi Fire Dragon ni ditawarkan pada masa yang terhad tau korang so korang kena cepat-cepat dapatkan di cawangan Texas Chicken yang berdekatan dengan korang!

Comments