5 Makanan Untuk Jadi Peneman Waktu PKP 3.0

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing 5 Makanan Untuk Jadi Peneman Waktu PKP 3.0

Sudah lebih setahun kita di dalam situasi yang sukar ini. 

Namun, dari situ juga orang ramai mengeluarkan konten-konten dan idea-idea yang kreatif di social media. 

Sejak PKP yang pertama pada tahun 2020, terdapat pelbagai trend yang diimplikasikan oleh beribu pengguna social media disebabkan kebosanan duduk di rumah sewaktu lockdown.

Setelah berlangsungnya PKP kali ketiga, orang ramai sudah mula mencari perkara baru untuk dilakukan bagi memakan masa di rumah.

Salah satunya adalah berkenaan dengan makanan. Topik berkenaan makanan adalah yang paling trending waktu PKP ini, lagi-lagi di platform TikTok.

Jom tengok beberapa makanan untuk dijadikan peneman kita pada waktu PKP 3.0!

  1. Oreo Mug Cake
oreo mug cake

Cara-cara untuk membuat oreo mug cake amat mudah dan ringkas. 

Hanya memerlukan 2 bahan sahaja iaitu oreo dan juga fresh milk.

Dalam 2-3 oreo dihancurkan di dalam cawan kemudian tambahkan fresh milk dan gaulkan 2 bahan tersebut.

Kemudian, masukkan ke dalam microwave untuk 30-50 saat.

2. Ramen Fresh Milk

ramen stew

Bahan yang diperlukan adalah hanya ramen pilihan dan fresh milk sahaja.

Ramen dimasak seperti biasa, cuma air digantikan dengan fresh milk untuk menambahkan lagi rasa berlemak yang creamy.

Lihat cara-cara untuk membuat ramen fresh milk di Youtube channel Sue Unnie!

3. Kopi Santan

coffee with milk

Kopi sendiri boleh melegakan, tapi lagi melegakan bila tambah santan.

Santan dan susu cair dicampur, kemudian campuran air panas dan serbuk kopi dituangkan. 

Lihat video ringkas di TikTok @ashfoodhunter!

@ashfoodhunter

PERNAH MINUM KOPI LETAK SANTAN ??? SEDAP GILA !!! #easyrecipe #tiktokcooking #malaysia #tiktokchef

♬ Mou Sukoshi… Mou Sukoshi.. – AshFoodhunter

4. Homemade Chocojar

chocolate mini cococrunch

Chocojar biasanya boleh ditempah, tapi memandangkan PKP, jom isi masa dengan buat chocojar sendiri!

Hanya cairkan chocolate dan tambah bubble rice atau mini cococrunch, ikut cita rasa masing-masing.

Lihat proses untuk membuat chocojar di YouTube channel Buat Orang Lapo!

5. Maggi Goreng Basah

maggi goreng basah

Maggi goreng basah sudah trending pada PKP yang kedua. Ia dipopularkan oleh social media influencer Azfar Heri.

Senang sahaja resepi ni! 

Lihat di Youtube channel Azfar Heri!

Dalam situasi yang sukar ini, eloklah kita cuba perkara-perkara yang baru yang boleh menggembirakan diri. Tidak kira apa, asalkan bermanfaat. 

Jadi marilah cuba buat salah satu resepi ini! 

Comments