37°Cocolab : Coconut Shake Alaf Baru Modern Version!

You are currently viewing 37°Cocolab : Coconut Shake Alaf Baru Modern Version!

Musim panas ni kalau dapat Coconut Shake mesti sedap kan! Tapi sekarang ni bukan nak cari Coconut Shake yang sedap & kena dengan tekak sebab nak cari kelapa muda bukan senang tau plus dengan kenaikkan harga barang lagi, leceh betul. So, harini Min nak share dengan korang spot baru buat peminat Coconut Shake; 37°Cocolab

37°Cocolab bukan sahaja menjual satu varieti

Membawa konsep yang lain daripada lain dengan mengetengahkan variasi menu yang berasaskan kelapa, pelbagai jenis minuman dan snek yang berasaskan kelapa boleh korang dapatkan dekat sini tau! Yang paling best bukan takat Original Coconut Shake je yang ada dekat sini; Coconut Mango Shake, Coconut Chocolate Shake & menjadi kegemaran Biscoff Coconut pun korang boleh dapatkan 37°Cocolab.

Selain daripada minuman, korang juga boleh dapatkan Coconut Pudding dengan pelbagai pilihan topping yang menarik seperti mangga, biscoff, oreo, nangka dan tembikai. Min love sangat dengan Coconut Pudding by 37°Cocolab sebab rasa dia very creamy & refreshing pada masa yang sama. Senang cerita, Coconut Pudding 37°Cocolab ni ala ala Jeli Kelapa versi Premium gitu. Plus, rasa kelapa dia tak strong sangat! Jadi for those yang tak minat sangat rasa kelapa mesti akan fall in love juga dengan rasa coconut pudding & coconut shake mereka.

Lokasi

37COCOLAB

 Lot LG52, NU Sentral Shopping Centre, 201, Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur Sentral, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur