Opah Donut Viral paling Gebu di Gombak

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:1 mins read
You are currently viewing Opah Donut Viral paling Gebu di Gombak

Siapa sini orang Gombak? Korang mesti pernah dengar kan Opah Donut dekat Taman Gombak Jaya ni. Kalau korang orang Gombak tapi tak pernah cuba Opah Donut ni memang rugi la.

Opah Donut Station ini telah diusahakan oleh seorang usahawan tempatan yang mesra dikenali sebagai Opah  sejak 2017. Menyajikan pelbagai jenis donut fresh setiap hari dan variasi pilihan dessert lain seperti milkshake & soft ice cream, jadi tak hairanlah Opah Donut Station masih lagi viral dan terkenal dengan warga tempatan.

Setiap hari fresh batch doh Donut akan dibuat dan digoreng panas-panas bagi menjaga kualiti dan rasa donut mereka. No wonder la, orang sanggup berbaris panjang untuk dapatkan Opah Donut ni buat minum petang!

Bab topping donut pun Opah tak berkira tau. Donut panas setelah digoreng akan dibiar rehat seketika sebelum disaluti dengan topping mengikut pilihan pelanggan. Bagi Donut Bulat terdapat 3 jenis pilihan topping; Coklat, Karamel dan Gula. Manakala bagi Donut Kotak, terdapat lebih daripada 10 jenis pilihan fillings & topping. Memang boleh rambang mata nak pilih kalau singgah sini.

Comments