3 Buffet Ramadan di Bawah RM 100 Yang Perlu Anda Tahu di Lembah Klang

You are currently viewing 3 Buffet Ramadan di Bawah RM 100 Yang Perlu Anda Tahu di Lembah Klang

Sedar tak sedar bulan Ramadan akan menyapa kita tak lama lagi. Ramadan ialah bulan suci di mana semua umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa selama satu bulan dari terbitnya sang fajar sampailah terbenamnya matahari. Pada bulan ini kita digalakkan untuk beribadah dan beramal dengan sebaik mungkin.
Bulan puasa ni memang waktu yang sesuai untuk mengeratkan lagi silaturahim bersama keluarga dan rakan rakan kita. Antaranya adalah dengan berbuka puasa sama sama. Sepanjang bulan Ramadan yang akan datang ni, memang kebanyakan hotel akan buat Ramadan buffet dengan pelbagai jenis masakan, especially makanan tradisional seperti ulam-ulaman, gulai, kuih muih dan lauk lauk yang kita rindui. Tapi kadang kadang harga bufet kat hotel ni agak mahal kan? Jangan risau, meh sini Min nak kongsi dengan korang bufet mana korang boleh pergi tahun ni dengan harga yang berpatutan.
Oh, sebelum tu… kalau korang nak baca tentang restoran yang menyajikan juga menu warisan rakyat Malaysia boleh baca di sini ya.

Rekomendasi Bufet Ramadan

1) Nostalgia @ The Club, Bukit Utama

Untuk yang duduk di Bandar Utama dan sekawasan dengannya, korang boleh try bufet ni yang berlokasi di The Club, Bukit Utama. Jomlah kita walk down memory lane dengan menikmati makanan makanan tradisional Melayu yang beraneka. Antara menu yang wajib cuba di sini ialah ‘ayam melecur’, ‘ayam langar lari’ dan juga ‘daging maut.’ Lepas dah makan makanan berat, jangan lupa cuba pencuci mulut kat sini seperti ais kacang, bubur dan pelbagai kuih tradisional dan juga barat. Oh, makanan makanan di sini semua disampaikan oleh Chef Yani dan Chef Farah tau. Pasukan ibu dan anak yang berasal dari Singapura yang mempunyai restoran Bernama Tumis At Teak 5. Sangat inspiring!

Harga early bird: RM 88 untuk reservasi sebelum 17 Mac (dewasa)
Harga biasa: RM 95 (dewasa)
RM45 (kanak-kanak)

Lokasi

📍The Club, Bukit Utama
Persiaran Bukit Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

📞+6019 327 3998
🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/q1qqU4vtWagYTYoHA
📱Instagram : @theclubbukitu

2) Sajian Warisan Bonda Ala Kampung (ibis Kuala Lumpur City Centre)

Sumber: ibis KLCC (FB)

Dengan lokasinya yang berdekatan dengan tarikan pelancong yang utama seperti KLCC dan Bukit Bintang, bufet Ramadan ini memang perfect untuk kalian yang nak menikmati iftar di tengah kota. Bufet Sajian Warisan Bonda Ala Kampung di Ibis Kuala Lumpur City Centre ni menyajikan lebih dari 100 jenis makanan seperti kambing golek, gulai kawah dan sup tulang kambing! Wah sedapnya…
Mereka pun sekarang tengah ada early bird price tau so kalau korang nak makan bufet yang sedap dan dengan harga yang berpatutan, jangan lupa datang ke sini!

Harga early bird: RM78 sehingga 17 Mac 2023
Harga biasa: RM98 (dewasa)
RM68 (kanak kanak)

Lokasi

📍ibis Kuala Lumpur City Centre
ibis Kuala Lumpur City Centre, 32, Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

📞+6012 222 0568
🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/uvbDAscEYAq3EHcF7
📱Facebook : ibis Kuala Lumpur City Centre

3) Selera Balik Kampung (Espira by Attana Hotel)

Bertemakan lauk pauk di kampung halaman, Espira di Attana Hotel, Puchong menyediakan buffet ‘Selera Balik Kampung’ dengan pelbagai masakan Melayu tradisional daripada kuih muih sehinggalah lauk beraneka yang pasti akan memuaskan selera makan anda! Dengan harga di bawah RM100, Min rasa buffet ni sangatlah berpatutan dengan pilihan makanan yang disajikan. Terus rasa rindu nak balik kampung.

Harga early bird: RM 83 sehingga 15 Mac 2023
Harga biasa: RM98

Lokasi

📍Espire by Attana Hotel
Espire by Attana Hotel, Jalan Kinrara 6, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor, Malaysia

📞03 8079 1000
🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/EtYiY2s5LE4WRQPUA
📱Facebook : Espire by Attana

Haa.. sekarang kalau dah tahu tempat mana yang ada bufet ramadan dengan harga yang berpatutan, korang dah boleh start rancang dengan keluarga dan rakan rakan untuk iftar bersama sama. Kalau korang bukan peminat buffet, port steamboat ni pun best jugak untuk iftar dekat KL ni. Boleh click link ni untuk baca.

Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.