1 Restoran 15 Rasa Nasi Ayam Hanya Di Dee Nasi Ayam !

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing 1 Restoran 15 Rasa Nasi Ayam Hanya Di Dee Nasi Ayam !

Korang pernah pergi restoran nasi ayam yang ada pelbagai jenis ayam tak? Haa kali ni min nak share satu restoran nasi ayam yang ada 15 jenis ayam yang best-best. Banyak kan ! Susah ni kalau datang nak kena pilih nasi ayam apa kita nak makan. Nama restoran nasi ayam ni adalah Dee Nasi Ayam yang terletak di Pandan Indah, KL. Restoran ni dah viral tau baru-baru ni sebab mereka memiliki 15 jenis nasi ayam. Harga pun sangat berpatutan.

Restoran Dee Nasi Ayam mereka ada 3 cawangan di Malaysia tau. Salah satu restoran mereka yang ada di Pandan Indah agak besar dan ruangan makan mereka sangat selesa dan bersih. Kalau waktu lunch hour memang ramai sangat makan dekat sini sebab mereka punya nasi ayam memang boleh buat korang kenyang sampai petang.

dee nasi ayam

Nak tengok video review mengenai makanan di Restoran Dee Nasi Ayam boleh klik link. Selain dari nasi ayam yang biasa kita makan tu meh min nak suggest korang baca artikel ni untuk tahu mana ada nasi ayam claypot yang best dan sedap.
https://purpledurian.my/makan/6-gerai-nasi-ayam-claypot-arang-terbaik-di-lembah-klang-hari-ini/

Menu Restoran Dee Nasi Ayam

1. Nasi Ayam Roasted

Nasi ayam roasted

Menu yang paling digemari ramai adalah nasi ayam roasted. Ayam dia sangat lembut dan sos pun sedap. Makan dengan nasi panas-panas memang syok !

2. Nasi Ayam Berempah

Nasi ayam berempah

Nasi Ayam Berempah pun ada tau. Bukan senang nak jumpa nasi ayam berempah ni dengan rasa perapan ayam tu. Makan pula dengan nasi panas dan sup memang menyelerakan.

3. Hainanese Chicken Chop

hainanese chicken chop

Haa ini menu baru di Restoran Dee Nasi Ayam iaitu Hainanese Chicken Chop. Rasa ayam yang rangup diluar dan juicy di dalam memang sedap makan dengan sos blackpepper yang mereka sediakan.

Ada lagi menu ayam yang lain seperti ayam barbeque, ayam masak merah, ayam hainan, ayam chicken chop, ayam lemon, ayam mango dan lain-lain. Semua jenis ayam ni sesuai makan dengan nasi yang mereka sediakan. Bukan itu sahaja mereka juga ada makanan lain seperti mee kari, kerabu, dan lain-lain. Kalau nak suruh min tulis memang tak habis haha. Jadi korang kalau nak tahu menu apa yang best kena datang Restoran Dee Nasi Ayam yang berada di Pandan Indah. Mereka buka setiap hari kecuali hari Jumaat dan beroperasi bermula jam 10 pagi hingga 9 malam.

Location
📍 Restoran Dee Nasi Ayam

No 41G, Jalan Pandan Indah 1/23, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🗺 Google maps : https://goo.gl/maps/P8UiKsEzT2adbUEA8

📱 Instagram : https://www.instagram.com/deenasiayam_official/?hl=en
📱 Facebook : https://ms-my.facebook.com/DeeNasiAyamPandanIndah/
📱 TikTok : https://www.tiktok.com/@deenasiayam22?lang=en