Rumah Makan 100 Tahun – Menyajikan Pelbagai Hidangan Kampung!

You are currently viewing Rumah Makan 100 Tahun – Menyajikan Pelbagai Hidangan Kampung!

Seperti yang kita semua tahu, Melaka memang terkenal sebagai sebuah bandar bersejarah dan dah lama jadi kota tumpuan pelancong, kan? Makanan-makanan di Melaka juga banyak yang sedap sedap dan harini min nak rekomen satu lagi kedai yang semua wajib singgah kalau ke Melaka! Rumah Makan 100 Tahun adalah restoran baru di Melaka yang berkonsepkan rumah melayu lama.

Rumah Makan 100 Tahun. Sumber: rumahmakan100tahun/facebook

Restoran ini berlokasi di Jalan Ujong Pasir, Melaka dan kalau korang nak senang cari je Kampung Portugis. Korang akan nampak rumah kayu yang tinggi dengan sign “Rumah Makan 100 Tahun” dekat simpang Kg. Portugis tu. Restoran ni beroperasi di dalam sebuah rumah melayu lama dan bertemakan kesultanan Melaka. Yang bestnya kat sini, korang boleh makan dalam bilik-bilik yang memang dihias supaya dapat feel makan kat rumah zaman dulu. Syok, kan? Interior kt sini juga menarik dengan banyak dekorasi vintage, sambil makan sambil cuci mata.

Sumber: rumahmakan100tahun/facebook
Dekorasi bertemakan vintage. Sumber:rumahmakan100tahun/facebook
Ruang makan bagi feel seperti dirumah. Sumber: rumahmakan100tahun/facebook

Rumah Makan 100 Tahun menyajikan pelbagai jenis menu dari makanan tradisional kampung, western, dan makanan Thai pun ada tau!

Dengar cerita kat sini pun ada oyster with cheese yang semua orang tengah gilakan tu, rumah kampung pun ada oyster geng! Rugi lah tak datang makan dan amik suasana kat sini kan? 

Pelbagai menu disini. Sumber: visitmelaka/facebook

1. Nasi Goreng Kampung 100 Tahun

“Pekerja dia recommend nasi ni, alhamdulillah memang sedap! Saya nak recommend dekat kawan-kawan juga”

Sumber: rumahmakan100tahun/facebook

2. Daging Salai Masak Lemak

“Sila datang tau, recommended sgtttt. Paling best order daging salai masak lemak 👍 thumb’s up!”

Sumber: rumahmakan100tahun/facebook

3. Nasi Pad Kra Pao

“Ordered this menu with low expectation since they specialise in masakan melayu kampung. But it’s delicious!”

Sumber: rumahmakan100tahun/facebook

4. Asam Pedas Sotong

Staff kat situ kata ni adalah antara menu baru mereka tau! Min jarang dengar sotong dimasak asam pedas, teringin juga nak cuba menu ni.

“Makanan sedap! My husband order daging salai, I order this one, both sedap! Keep it up!”

Sumber: rumahmakan100tahun/facebook

Min nasihatkan siapa nak pergi bawa family, pergilah sebelum kedai ni viral tau! Nanti dah viral, korang kena beratur 2 jam pula kan? Siapa dah singgah sini nanti, tinggalkan feedback korang dekat min boleh?

📍Location:

Rumah Makan 100 Tahun,

56, Jalan Ujong Pasir,

75050 Melaka

Phone: 016-2093111

Facebook: https://www.facebook.com/rumahmakan100tahun/ 

Instagram: https://instagram.com/rumahmakan.100tahun?igshid=YmMyMTA2M2Y= 

TikTok: https://www.tiktok.com/@rumahmakan100tahun?_t=8WDSrXXl5kI&_r=1