Port Makan Tepi Sawah Di Kangar, Perlis Dah Viral ! – Warung Tepi Sawah

You are currently viewing Port Makan Tepi Sawah Di Kangar, Perlis Dah Viral ! – Warung Tepi Sawah

Korang tengah cari port makan yang sedap dengan view yang menarik? Haa ada weh dekat Kangar, Perlis dan tempat tu dah viral tau. Selalu min share restoran yang dekat area Selangor dan Kuala Lumpur tapi kali ni min nak bawa korang ke Kangar, Perlis sebab ada satu port makan yang baik punya ! Nama tepat tersebut Warung Tepi Sawah. Tempat ni memang best untuk korang yang suka tengok keindahan alam sebab warung ni betul-betul sebelah sawah dan bukit.

View dia jangan cakap memang menarik sesuai untuk korang yang nak healing sambil-sambil makan memang terbaik. Makanan dia pula memang vibes kampung. Contohnya, ada roti telur goyang, roti lenggang, ubi kayu rebus dan lain-lain. Walaupun nama dia warung tapi restoran ni agak besar dan luas. Kebanyakkan meja berada diluar sebab nak bagi pelanggan nampak view semulajadi.

warung tepi jalan

Menu-menu dekat sini simple tapi sedap sebab kebanyakkannya mereka hanya hidangkan menu kampung saja. Tapi kalau korang nak makan makanan berat boleh ambil nasi lemak, pulut ayam, pulut ikan masin dan lain-lain. Nak tengok video review Warung Tepi Sawah boleh klik je. Nak lagi makan sambil ada pemandangan semulajadi tapi kali ni agak jauh sikit di Baling, Kedah. Nak tahu lagi boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/viral/ikan-bakar-lubuk-pedati-wajib-cuba-pencinta-makanan-laut-di-malaysia/

Menu Warung Tepi Sawah

1. Roti Lenggang

roti lenggang

Roti lenggang ni antara menu yang best untuk korang pilih dan makan pada waktu petang sambil-sambil tengok pemandangan sawah padi dan bukit bukau.

2. Pulut Ikan Masin

pulut ikan masin

Ini antara makanan yang unik juga ada di Perlis sebab jarang nak jumpa orang jual pulut ikan masin di Kuala Lumpur dan Selangor. Kalau teringin pun kita kena masak sendiri kan. Tapi dekat sini korang boleh cuba memang sedap !

3. Ubi Kayu Rebus

ubi kayu rebus

Makan ubi kayu rebus ni teringat zaman-zaman dulu kan. Dulu selalu sangat makan ubi kayu rebus dan rasa itu makanan paling sedap yang pernah makan. Memang mengimbau kenangan dulu-dulu warung ni.

Apa pendapat korang dengan Warung Tepi Sawah ni. Menarik kan ? Bagi min memang sangat menarik bukan je dapat tengok pemandangan tapi dapat juga merasa makanan tradisional pada zaman dahulu. Kalau korang berminat boleh datang bawa ibu ayah, family dan kawan-kawan. Mesti diorang suka sangat. Warung Tepi Sawah dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan buka pada jam 7 pagi hingga 12 tengah hari. Jadi korang boleh lah breakfast dekat sini nanti.

Location

📍 Warung Tepi Sawah

Kg Bohor Janggus, 01000 Kangar, Perlis

Google maps: https://goo.gl/maps/3kiSc9nXd4cbi9639

📱 Facebook: https://www.facebook.com/p/Warung-Tepi-Sawah-100068804208789/
📱 Instagram: https://www.instagram.com/warungtepisawah2769/?hl=en