Telur Dadar Ikan Loma Hanya Ada Di Perak?

You are currently viewing Telur Dadar Ikan Loma Hanya Ada Di Perak?

Telur dadar adalah hidangan sampingan yang sangat sedap kalau makan dengan nasi putih panas-panas, betul tak? Kalau tak ada lauk lain pun takpe janji ada telur dadar dah lengkap hidangan. Kalau korang nak tahu, dekat Perak ada satu hidangan yang dipanggil Telur ikan Loma goreng dadar! 

Telur dadar ikan Loma. Sumber: Google

Telur ikan Loma goreng dadar ni ialah telur dadar yang isinya memang 100% ikan loma tau. Bahan-bahan yang digunakan untuk buat hidangan ni ialah telur ikan Loma tu sendiri, telur (guna yang putih sahaja), sedikit kunyit dan tambah daun bawang atau bawang sebagai perasa. 

Sedap dimakan bersama nasi putih. Sumber: Perakworld/facebook

Penting untuk basuh telur ikan Loma dan rendam dengan air asam jawa dan garam selama setengah jam. Ini kerana nak buang bau hanyir dan sedapkan lagi telur ikan ni. Kemudian dah boleh basuh dan toskan sebelum campur dengan bahan-bahan lain. Cara masak dia sama je macam korang goreng telur dadar tu, campur dan gaulkan semua bahan tu lepastu dah boleh goreng! Putih telur digunakan sebagai bahan pengikat, tak nak bagi telur ikan Loma pecah berterabur bila digoreng tau.

Ikan Loma. Sumber: Google

Telur dadar ikan Loma adalah makanan tradisional orang Perak sejak zaman dahulu lagi. Antara sebab kenapa hidangan ni ada dekat Perak sahaja ialah kerana ikan Loma ni banyak didapati dekat Sungai Perak. Haa, kalau korang bukan orang Perak, mesti korang tak pernah dengar pasal telur dadar stail ni. 

Digoreng garing dan sedap dimakan panas. Sumber: Google

Min sendiri tak pernah rasa hidangan ni tau tapi orang Perak cakap memang sedap. Hidangan ni memang tak dapat la kalau korang cari kat negeri lain tau. Disebabkan dah tak ramai yang tahu hidangan ni zaman sekarang, hidangan ni dah tersenarai sebagai makanan yang hampir pupus tau. Jadi, jom la kita ke Perak dan hidupkan balik telur ikan loma goreng dadar ni, atau korang goreng jelah sendiri kat rumah hehe.

Comments