Weekend dah dekat ni, korang dah ada plan ke nak food hunting kat mana tu? Min dah ada plan nak pergi jalan-jalan Ipoh ni sebab ternampak satu kedai yang viral letup-letup ni! Walaupun dah lama kedai ni viral, tapi Min tengok setiap hari memang ramai je orang. Nampak gaya macam memang wajib cuba lah!
Niase Street Food menawarkan beberapa menu makanan Thai yang digemari ramai orang Malaysia ni. Beroperasi di Ipoh Night Market, memang boleh dikatakn setiap kali mereka bukak je memang dah ramai orang beratur! Style suasana kat sini macam pasar malam la kan tetapi di gerai Niase ni ada tersedia beberapa meja dan kerusi untuk korang dine in kat situ!
Menu dekat sini memang makanan Thai je tau, jangan datang cari satay pulak hehe.
Menu yang viral tu adalah mereka punya Tom Yum Gong, ramai tau dah cuba min je belum huhu. Satu lagi yang best dekat sini, kalau nak makan fresh oyster ke octopus pun ada geng. Ni senarai menu dekat sini, tetapi kalau nak lagi latest korang boleh call atau whatsapp nombor mereka ya! Bab harga pula ada bermacam-macam komen, ada yang kata tak berpatutan dengan makanannya dan ada juga kata berbaloi sangat sebab isinya banyak. Hm, korang rasa macam mana?
Antara yang wajib order:
1. Tom Yum Gong (RM22-25)
“Agak mahal la harga dia tapi bila dah rasa tu, beli semangkuk lagi pun takkisah weh!”
2. Daging Harimau Menangis (RM15)
“Betul-betul menangis makan daging ni! Sedap woi!”
“The food was too good to be true, hence worth every penny so I’d definitely come back again. 5/5 I’d recommend it to you all out there.”
Sekarang korang dah tahu kan kenapa kedai ni viral meletup-letup! Sampai lepas 7 bulan je beroperasi mereka dah ada daging harimau menangis yang frozen dan dijual dekat hampir seluruh Malaysia gais. Yang belum cuba ni, ha tunggu apa lagi? Jom!
📍Location:
Ipoh Night Market,
LOT 158408,
Jalan Sultan Azlan Shah Utara,
30350 Ipoh, Perak
Phone: 019-6210148
Website: –
Facebook: https://www.facebook.com/NiaseDeCulina/
Instagram: https://instagram.com/niaseofficial?igshid=YmMyMTA2M2Y=
TikTok: https://www.tiktok.com/@daniasedek?_t=8W5CYATOzJZ&_r=1