Terkenal dengan variasi pilihan dim sum serta menu masakan Chinese, restoran Dim Sum tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia! Jadi hari ini Min nak share dengan korang menu wajib try dekat sini especially for those yang first time and tak tahu nak makan apa.
1. Spicy Szechuan Dumplings
Ni no 1 menu yang must try dekat Dolly Dim Sum ni! Isi ayam & udang dibalut dengan kulit dumpling yang nipis then disiram pula dengan sos yang pedas, masam & manis tu, Pergh memang terangkat rasa dia!
Setiap gigitan tu memang boleh rasa isi udang & ayam dalam dumpling ni!
2. Egg Custard Buns
Next menu yang menjadi kewajipan untuk korang cuba dekat Dolly Dimsum ni, Egg Custard Buns. This menu dah macam jadi signature dieorang la! Memang rugi kalau korang tak rasa sendiri bun panas yang dipenuhi dengan inti cream salted egg yang akan meletop dalam mulut bila korang makan. Macam bunga api dalam mulut nikmatnya!
3. Royal Golden Fried Rice
Last menu ni nampak macam nasi goreng biasa je kan? Tapi korang jangan underestimate rasa dia ye! Harum wangi nasi dia, dipadankan pula dengan rasa lemak dan manis udang yang segar memang boleh sampai termimpi nak repeat lagi tau! Ditambah pula dengan Ebiko as topping, memang extra kick.
So those top 3 menu yang wajib korang try kalau singgah makan dekat Dolly Dimsum! Kalau yang first time nak makan situ, jangan lupa pesan tau apa yang Min suggest ni. Yang dah selalu makan dekat sini, cuba korang share dengan Min apa favourite menu korang dekat Dolly Dim Sum ni dekat komen di bawah!