Kebiasaannya senang sangat untuk kita jumpa hangout spots untuk pencinta kopi dan manisan kan? For sure laa, those spots especially yang viral confirm mesti ramai dan riuh dengan riang tawa manusia.
Situasi macam ni sangat tak selesa buat golongan introvert & book lovers, yang lebih prefer dengan keadaan yang tenang untuk menghabiskan bacaan mereka. Jadi, hari ini Min nak kongsi dengan korang satu hangout spot yang baru buat bookworms & coffee lovers dekat luar sana, ta-da it’s ORCHID’S LIBRARY CAFE!
Bunyi seperti syurga bagi ulat buku!
Kafe yang berkonsepkan perpustakaan mesra pengguna, ini dibangunkan sendiri oleh anak muda yang juga merupakan seorang pencinta buku, Dayana yang merupakan seorang bookfluencer. Mempunyai impian ingin menggalak lebih ramai anak muda untuk membaca maka Dayana sering berkongsi pembacaannya serta komennya berkenaan novel tersebut di platform sosial media, Instagram & Tiktok.
Dengan pembukaan library cafe pertama milik anak lokal ini, diharapnya lebih ramai golongan remaja berkunjung dan mula mengamalkan budaya membaca sebagai hobi atau mungkin sebagai rutin harian? Anyways, korang jangan lupa singgah and support this cafe tau. Goodluck Dayana!
Lokasi
ORCHID’S LIBRARY CAFE
53A – 1 KL TRADERS SQUARE, Jln Gombak, Kampung Kuantan, 53000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur