Markoba Apam Balik Premium – 8 Perisa Dalam 1

You are currently viewing Markoba Apam Balik Premium – 8 Perisa Dalam 1

Markoba Apam Balik Premium – 8 Perisa Dalam 1

Apam Balik. Dengar je nama tu dah terbayang dah bentuk apam balik. Makanan tradisional ni paling sedap dimakan panas-panas terutama sekali pada waktu petang. Di sini, Izzah nak perkenalkan korang stall makan yang jual apam balik yang sedap, Markoba Apam Balik.

Markoba Apam Balik ni terletak di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur. Apa yang menariknya tentang gerai makan ni ialah, adanya lapan perisa dalam satu apam balik yang ditawarkan untuk pelanggan mereka. Pelbagai review menyatakan kesedapan apam balik dari gerai makan ini. Untuk maklumat lanjut tentang kedai makan yang menjual apam balik, tekan link ini: https://purpledurian.my/food-review/apam-balik-dan-baby-pancake-bergegau-viral-di-bangi/

Markoba Apam Balik Premium
Markoba Apam Balik Premium (google.com
Review Markoba Apam Balik Premium
Review Markoba Apam Balik Premium

Menu

Apam Balik

Markoba Apam Balik Premium 8 Dalam 1
Markoba Apam Balik Premium 8 Dalam 1

Di Markoba Apam Balik Premium, ada terjual lapan jenis perisa yang semestinya mengikat selera korang sehingga korang hendak membelinya lagi dan lagi. Sedap tak terkata la kiranya! Korang akan rasa rugi kalau korang tak cuba. Korang boleh pilih kesemua lapan perisa tu ataupun korang boleh pilih nak satu atau dua atau beberapa sahaja perisa yang korang nak gandingkan dengan apam balik korang. Lapan perisanya ialah Daim, choco rice, corn flakes, nutella, oreo, biscoff, cheddar cheese, dan creamy corn.

Secara kesuluruhannya, Markoba Apam Balik sememangnya menawarkan apam balik yang lain daripada yang lain. Gerai ni uka setiap hari kecuali Khamis dan Ahad dari pukul 11.30 pagi sampai 7 petang. Untuk maklumat lanjut, skrol ke bawah. Kalau korang nak cari makanan sedap di area KL, tekan link ni: https://purpledurian.my/makan/viral/donut-peach-buah-manis-dan-unik/

Lokasi

📍 Jalan Seri Sentosa 12, Taman Sri Sentosa, 58000 Kuala Lumpur
⏰ 11.30 am – 7 pm Khamis dan Ahad tutup
🗺️Google Map: https://goo.gl/maps/7WdEbkTNqSfmSxFC9
📲 Phone: 011-5989 7157
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@markoba2007

Article currated by Izzah Norsham