Apam Balik dan Baby Pancake Bergegau Viral di Bangi!

You are currently viewing Apam Balik dan Baby Pancake Bergegau Viral di Bangi!

Hmm, petang lepas habis kerja ni sedap juga kalau dapat benda manis dan gebu kan? Konfem hilang penat seharian bekerja tu. Nak makan apa ya? Min cadangkan korang singgah ke foodtruck Bergegau Food ni!

Bergegau Food ni memang handal buat apam balik dan baby pancake yang gebu gebas dan lembut gila dalam mulut! Foodtruck mereka berlokasi di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi tau dan mereka beroperasi Sabtu sehinga Khamis dari 11 pagi hingga 6 petang. Famous tau mereka punya baby pancake kat sini, dengan bermacam-macam jenis topping. Harga pula memang mur-mur je gais, hati gembira perut kenyang dan wallet korang pun tak kempis hehe.

Baby Pancake Bergegau

Hadir dengan beraneka topping untuk korang pilih ikut citarasa sendiri. Banyak tau pilihan topping dia macam Kinder Bueno, Lotus Biscoff, KitKat, Classic onde-onde pun ada weh!!! Tetapi kalau korang indecisive macam min, jangan risau, takpayah nak merenung menu sampai 2 jam, korang order je yang ‘campo campo lagi osem’ tu, harga baru Rm13 gais! Wajib try!

Apam Balik Bergegau

Bukan Baby Pancake je bergegau gais, apam balik dia lagi bergegau. Haa, apam balik kat sini gebu mantop sangat ya, tetapi selalu juga takde stok huhu so korang contact diorang dulu sebelum datang. Min suka dia punya apam balik sebab lain dari yang lain, kat sini korang nak topping coklat-coklat apa, semua ada. Sweet tooth macam min konfem dah rasa apam balik dia nanti, korang pula yang taknak balik!

Tunggu apalagi gais, nanti dah habis kerja terus ke sini tau! Reward diri yang dah kelelahan bekerja keras 5 hari ni, barulah hati happy hehe.

Location:

Jalan 7/7c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi,

43000 Bandar Baru Bangi, Selangor

Instagram: https://instagram.com/bergegaufood_bangi?igshid=YmMyMTA2M2Y=

TikTok: https://www.tiktok.com/@abangbergegau?_t=8XpbFUiybbO&_r=1