Penggemar Chinese food mesti familiar dengan Mala, kan? Dalam review artikel kali ni min nak cerita pasal Malatoop, dengar pun dah seram sejuk kan? Sebelum tu Min ceritakan sikit apa itu Mala buat pembaca yang tak tau. Mala adalah sejenis seasoning yang dibuat dari cili dan Sichuan peppercorn tau dan seasoning ni memang pedas gila! Kalau korang nak tau, maksud Ma (麻) ialah numb atau kebas dan La (辣) pula ialah pedas, haa! Kaki makan pedas, jom baca review ni sampai habis okay?
Malatoop beroperasi di Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Malatoop adalah sebuah restoran baru yang berkonsepkan makanan Cina dan Sichuan yang halal dekat KL. Kalau penggemar mala hotpot mesti tahu yang tak banyak restoran mala halal so selalu tak banyak choices nak pergi kan? Min faham huhu. Restoran ini berkonsepkan kepedasan tu tau sebab tu semua dekorasi dia merah, sambil tahan pedas tu tengok sekeliling lagi nak meletup la korang hehe. Bertemakan cyberpunk, interior kat sini sangat cantik dan sesuai untuk golongan muda nak lepak-lepak.
Konsep disini juga menarik ye dengan “Create your own Malatoop bowl”, korang ambil je bowl yang disediakan dan pilih sendiri semua bahan yang korang nak dalam makanan korang! Tapi beware, kat sini dia ikut berat bahan dalam mangkuk tu tau, saja la min pesan. Takut nanti korang tak sedar diri amik sampai penuh mangkuk pastu menangis time nak bayar heheh. Kalau korang buntu nak pilih and nak makan apa, jangan risau just order Malatoop combo yang sudah disediakan semua bahan tu!
Min dengar cerita juga kat sini dia dah tambah menu baru iaitu mee tarik! Meleleh air liur min tengok menu dia rasa nak order semua. Harga pula mampu milik kan, tak semahal chinese restaurant lain!
Menu yang ramai suka order, antaranya:
1. Spicy Seafood Combo (RM24.90)
Yang tak makan pedas jangan risau okay, level kepedasan kat sini boleh pilih tau. Ada baby, okey, pasti dan betul-betul malatoop! Kalau tak tahan pedas jangan saja-saja try yang betul-betul malatoop pula, nanti pengsan sedih pula tak sempat habiskan makanan hehe.
“Dined in at MALATOOP twice. Worth the visit if you want to try halal version of Mala and love spicy food. Would recommend to try at least once.”
2. Sticky Mala and Salted Egg Wings (RM16)
“The chicken wings we tried were both Mala and Salted Egg – both very delicious!!!”
3. Salted Egg Prawn Bao (RM16.90)
“The Bao was very soft, tasty and superb overall.”
Konklusinya, memang cool betul concept kat sini kan! Min suka semua menu yang ditawarkan tu dengan konsep kedai yang sangat aesthetic dan lawa untuk nak OOTD! Siapa pernah try kat sini? Cuba share dia punya makanan tu buat korang ‘Malatoop’ tak?
📍Location:
MALATOOP – A New Chinese Halal Mala Restaurant
36, Jalan Datuk Sulaiman,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Petaling Jaya,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 012-6092212
Website: https://malatoop.business.site
Facebook: https://www.facebook.com/malatoop/
Instagram: https://instagram.com/malatoop?igshid=YmMyMTA2M2Y=
TikTok: https://www.tiktok.com/@malatoop?_t=8VtBclKVXXO&_r=1