Makanan Western Paling Murah Di Puchong?

  • Post author:
  • Post category:Food Review
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Makanan Western Paling Murah Di Puchong?

Makanan western merupakan masakan Eropah dan juga negara Barat yang lain.

Jika dibandingkan dengan masakan kita di negara Asia ni, daging mempunyai peranan penting dalam budaya makanan Barat. 

makanan western

Kadang-kadang bila cakap tentang makanan western ni, kita akan akan terus fikir burger, steak, kentang goreng, ribs dan macam-macam lagi.

Tepat sekali!

via GIPHY

Terdapat banyak restoran-restoran western di Malaysia seperti Chilis’ Grill & Bar, Ben’s, Lava Rock Grill & Pasta, dan banyak lagi. 

Tapi tidak mengejutkan bahwa restoran-restoran tersebut menjual makanan western dengan harga yang tinggi.

Ini kerana, makanan western termasuk dalam kategori makanan-makanan yang premium. 

Persoalannya, boleh ke kita nak dapat makanan western dengan harga yang berpatutan? 

via GIPHY

Jawapannya, semestinya boleh!

Terdapat banyak restoran dan gerai di Malaysia yang menjual makanan western dalam harga yang berpatutan!

Di Puchong Selangor, sebuah warung yang bernama “Warung Budget Station” menjual makanan-makanan western dengan harga yang murah serendah RM5!

Sebab tu dipanggil Warung Budget Station!

Antara menu makanan western mereka ialah Butter Rice Grilled Lamb, Butter Rice Chicken Chop, Butter Rice Grilled Meatball, Butter Rice Chicken Sliced. 

Warung Budget Station mempunyai pelbagai pilihan bukan sahaja makanan western, malah indomie pun ada dengan variasi menu mereka yang sangat banyak!

Warung Budget Station berlokasi di Prima Walk, Puchong Prima.

Jom kunjungi Facebook Warung Budget Station untuk tengok menu-menu mereka!

Lihat review tentang makanan Warung Budget Station di TikTok Purple Durian!

@purpledurian

Malam malam ni siapa yang jenis suka melantak macam ni?🤭 ##makanmakan ##MYFoodie ##sedapgiler ##murah ##foodreview ##fyp ##makanmalamchekk

♬ Do It – Chloe x Halle
Comments