Los Primos El Locos – Tacos Tepi Jalan Paling Famous!

You are currently viewing Los Primos El Locos – Tacos Tepi Jalan Paling Famous!

Peminat makanan Mexican sila berkumpul kat sini sebab min nak review satu kedai yang sangat famous dengan taco mereka! Los Primos El Locos terkenal dengan birria tacos dan quesadilla mereka yang padat dengan isi dan rasa tau. Yang min nak review ni memang lagi sedap dari beberapa taco fast food chain yang famous tu tau hehe, jom baca!

Los Primo El Locos, Shah Alam. Sumber: zuliyanazakaria/google

Los Primos El Locos beroperasi di stall tepi jalan dekat Taman Tasik Seksyen 7 di Shah Alam. Walaupun hanya berniaga di tepi jalan, setiap hari stall ni akan dikerumuni orang ramai tau! Waktu operasi mereka adalah setiap hari bermula 1 tengahari sehingga 7 petang kecuali hari Isnin. So, kalau korang nak datang dinasihatkan datang time diorang baru buka tau. Kalau dah petang nanti dah habis pula taco, nanti kempunan pulak drive jauh-jauh tak dapat rasa huhu.

Semuanya dimasak fresh setiap order. Sumber: Google

Mereka menawarkan beberapa jenis tacos seperti Birria Tacos, Quesabirria Tacos, Chicken Fajitas dan sebagainya. Harga tacos dekat sini pun berbaloi tau, kalau korang rasa harga dia agak pricey tunggu until korang nampak betapa tembamnya taco dia. Memang penuh dengan isi gais!! 

Menu Los Primos El Locos. Sumber: Google

Wajib order ni kalau korang singgah Los Primos El Locos:

1. Quesabirria Taco (RM17-RM21)

Menu ni adalah menu bestseller diorang tau! Apa yang spesialnya menu ni dari Birria taco adalah mozzarella cheese, so kalau korang tak makan cheese boleh order Birria ya. Pulled beef yang digunakan sangat lembut tau memang cari dalam mulut sebab mereka masak beef selama 8-12 jam!

“I highly recommend their quesabirria tacos. Hit at the right spot! Tasteful, juicy beef.. please give their tacos a try & you wont believe how good they are!”

Sumber: akmalarief/google

2. El Grande Quesadilla (RM18)

Ini pula menu kegemaran orang ramai juga ya. Kalau korang tak percaya, jm baca review min jumpa ni!

“Jangan judge kedai makanan mexico yang kecil ini sebelum anda cuba sendiri. Harga sangat2 berpatutan, dah try el grande quesadilla daging tak kedekut, portion besar gila weh, dan rasanya yang out of this world. Malah penjual juga soft spoken dan ramah. HIGHLY recommended!”

Sumber: Google

Haa itu sahaja untuk review kali ini, min harap korang dapat pergi try sendiri tacos dekat sini. Rugi sangat tak try tau, tapi kalau dah try hati-hati nanti mesti setiap hari craving hehe.

📍Location:

Los Primos El Locos,

Taman Tasik, Seksyen 7, 

40000 Shah Alam, Selangor

Phone: 012 2982460

Website: –

Twitter: https://twitter.com/losprimosel/status/1463898579144101888?s=21 

Instagram: https://instagram.com/losprimosellocos?igshid=YmMyMTA2M2Y= 

TikTok: https://www.tiktok.com/@losprimosellocos?_t=8WGjnVTi6Er&_r=1