Rahsia Manisnya Kejayaan Gula Cakery Bermula Dari Cinta Pengasas Terhadap Baking

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:3 mins read
You are currently viewing Rahsia Manisnya Kejayaan Gula Cakery Bermula Dari Cinta Pengasas Terhadap Baking

Gula cakery merupakan cafe yang menghidangkan beraneka jenis kek, pemanis mulut dan makanan-makanan lain. Beroperasi dengan jayanya di kawasan Lembah Klang dengan 6 outlet, Gula cakery menjual lebih dari 55 perisa dan jenis kek, pastries dan ada juga ais krim berperisa kek. Namun, ramai yang tidak tahu kisah disebalik kejayaan Gula cakery ini.

Gula Cakery mempunyai lebih 200 resepi kek dan pastry.

Gula Cakery ini bermula dengan impian seorang wanita bernama, Puan Arieni Adriena. Membesar dengan minatnya terhadap membuat kek dan pastry sejak dari usia 4 tahun, Puan Arieni banyak menuntut ilmu dari nenek dan ibunya sendiri. Dengan hasil ilmu yang ada, beliau meluangkan masa untuk mengasah lagi skill baking sehingga beliau sendiri pernah menjual kek di bazar pada zaman Universitinya. 

Puan Arieni Adriana, pengasas Gula Cakery.

Namun, minat itu tak mudah mati, Puan Arieni juga ada mengikuti kursus baking di kota yang popular dengan kelazatan pastries dan confectionaries iaitu Paris untuk beberapa minggu. Beliau juga berkelulusan Pendidikan Awal Kanak-kanak, ini membuka peluang untuk beliau menggunakan kepakaran yang ada dan memulakan baking class untuk kanak-kanak mahupun dewasa di outlet Kota Kemuning selama hampir 3 tahun. 

Malaiqa by Gula Cakery di Melaka sudah dilancarkan baru-baru ini.

Pada usia 25 tahun, setelah beberapa tahun beroperasi dan berniaga dari rumah dengan nama Gula Bakery, outlet pertama Gula Cakery dibuka di Kota Kemuning, Shah Alam. Berbekalkan wang simpanan dan semangat yang berkobar-kobar, selang beberapa tahun outlet kedua dibuka. Tambahan pula, Puan Arieni telah memenangi grant sebanyak RM500,000 pada tahun 2015, dari Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi mebangunkan infrastruktur dan program bagi kelas memasak kanak-kanak yang berusia 3 tahun dan ke atas.

Kini Gula Cakery mempunyai 6 outlet termasuk 1 outlet di Melaka yang dinamakan Malaiqa iaitu nama anak perempuan beliau. Puan Arieni juga membuka ‘Gula Petite’ iaitu kiosk kek kecil di dalam mall dan juga dua outlet bernama ‘Andra’ sempena nama anak lelaki pertamanya.

Tuan Ritzal Abdullah, Pengurus Besar Gula Cakery.

Semasa team kami ke Gula Cakery tempoh hari, kami berpeluang menemu bual Tuan Ritzal Abdullah, iaitu ayah kepada Puan Arieni merangkap pengurus besar Gula Cakery. Mendengar sendiri cerita kejayaan anak perempuan beliau membangunkan Gula Cakery, kami dapati Puan Arieni merupakan seorang yang akan sentiasa sertakan keluarga dalam setiap perkara yang dilakukan. Beliau berjaya menjadikan perniagaan ini sebagai sebuah perniagaan keluarga. Malahan, cafe mereka juga berkonsepkan family-friendly dengan harapan ia menjadi ruang untuk keluarga dan anak-anak duduk menikmati makanan serta dessert dengan hati gembira. 

Arieni’s Roti Jala.

Tidak berhenti dengan membuka beberapa outlet baharu sahaja, Gula Cakery terus mengembangkan jenama dengan melahirkan beberapa jenama lain seperti Gula Creamery yang menjual ais krim berperisa kek. Sehingga Mei 2022, Puan Arieni mula menjual roti jala dengan menggunakan resepi neneknya, dan pada awal tahun juga, Arieni memasuki pasaran makan Mexico dengan pelancaran El Ocho. 

El Ocho di Eco Arcadence.

Kisah kejayaan Gula Cakery dan Puan Arieni yang bermula dari bawah sehingga menjadi satu jenama yang dikenali semua sangat menginspirasikan. Segala susah payah dan usaha yang dilalui semestinya sudah membekalkan hasil yang lumayan. Min juga berbesar hati dijemput oleh pihak Gula Cakery untuk datang dan dengar sendiri sejarah inspirasi ini dari Tuan Ritzal. Min dan team Purple Durian berharap mereka akan terus berkembang dan berjaya membuka lebih banyak outlet di seluruh Malaysia.

Comments