Jom Ke Nasi Kukus Tonggek – Beli Dapat Free Sirap Selasih

You are currently viewing Jom Ke Nasi Kukus Tonggek – Beli Dapat Free Sirap Selasih

Jom Ke Nasi Kukus Tonggek – Beli Dapat Free Sirap Selasih

Haaa? Nasi Kukus Tonggek?! Apa yang menonggeknya tu? Takde apa-apa la, itu la nama kedai makan yang Izzah nak perkenalkan pada korang di artikel ni.

Nasi Kukus Tonggek ni ada banyak cawangan tapi kali ini, Izzah nak fokuskan kat bahagian Cyberjaya. Apa yang istimewanya kat sini sampai Izzah tulis kat sini? Untuk pengetahuan korang, kalau korang beli apa-apa sahaja menu kat sini, korang boleh claim air sirap selasih percuma. Pelbagai review telah dibuat mengenai tempat ni. Beli 1 percuma 1 gitu. Untuk maklumat lanjut tentang tempat yang menjual nasi kukus, sila klik link ni: https://purpledurian.my/food-review/6-tempat-untuk-nasi-kukus-terbaik-di-kl-dan-pj-hari-ini/

Kedai Nasi Kukus Tonggek (facebook.com)
Kedai Nasi Kukus Tonggek (facebook.com)

Menu

Nasi Kukus Tonggek Sotong (RM28.40)

Nasi Kukus Tonggek Sotong (tonggek.com)
Nasi Kukus Tonggek Sotong (tonggek.com)

Pasal apa mahal sangat tu? Mana taknya mahal kalau saiz sotong pun XL. Ingat senang ke nak dapatkan sotong saiz besar camtu untuk dmakan dengan nasi kukus? Rasanya, sudah semestilah sedap!

Nasi Kukus Tonggek Ayam (RM 14.40)

Nasi Kukus Tonggek Ayam (tonggek.com)
Nasi Kukus Tonggek Ayam (tonggek.com)

Yang ni pun sedap. Buat penggemar ayam, rugi tau kalau korang tak cuba nasi kukus dengan ayamnya di sini.

Nasi Kukus Tonggek Buttermilk (RM 17.40)

Nasi Kukus Tonggek Buttermilk (tonggek.com)
Nasi Kukus Tonggek Buttermilk (tonggek.com)

Wow! Satu kombinasi barat dan timur. Berbeza tapi sedap apabila bergabung. Nyum!

Nasi Kukus Tonggek Butter Spicy (RM 18.40)

Nasi Kukus Tonggek Butter Spicy (tonggek.com)
Nasi Kukus Tonggek Butter Spicy (tonggek.com)

Untuk korang yang sukakan kepedasan, jangan risau! Nasi Kukus Tonggek ada sediakan menu Nasi Kukus Tonggek Buttermilk versi pedas. Sememangnya mencengkam lidah anda dengan kepedasannya.

Bakso Tonggek (RM 12.40)

Bakso Tonggek (tonggek.com)
Bakso Tonggek (tonggek.com)

Kat sini juga ada sediakan bakso yang sudah pastinya akan membangkitkan selera korang. Jadi sesiapa yang tak ada rasa nak makan nasi, jangan risau. Bakso Tonggek kan ada.

Secara keseluruhannya, walaupun agak pricey, namun makanan di Nasi Kukus Tonggek ni berbaloi untuk dimakan. Untuk maklumat lanjut tentang Nasi Ayam Tonggek, sila skrol ke bawah. Kalau korang nak cari tempat makan yang best di Cyberjaya, klik link ini: https://purpledurian.my/makan/pernah-cuba-menu-itik-panggang-di-flyen-duck-yang-dimiliki-oleh-pengusaha-melayu-di-cyberjaya/

Lokasi
📍 EX-FT-01 DPULZE SHOPPING CENTRE, Persiaran Multimedia, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor
⏰ 10 am – 10 pm setiap hari
🗺️Google Map: https://goo.gl/maps/3dGYFxAYaay4QYZKA
📲 Phone: 018-373 7877
📲Website: https://www.tonggek.com/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@nasikukustonggekclub
📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Nasi-Kukus-Tonggek-Dpulze-Cyberjaya-100067175925425/
📲Instagram: https://www.instagram.com/nasikukustonggek/

Article currated by Izzah Norsham