Hi korang! Nak dengar Izzah bagitau sesuatu tak? Mee Terapung sudah ada di Penang la! Biar betul? Betul, Izzah tak tipu, Kini, Mee Terapung dah ada di Penang melalui Restoran Food Dynasty!
Terletak di George Town, Food Dynasty ni menggunakan konsep Cina untuk tema restoran mereka, dan yang paling best? Sudah tentulah restoran ni restoran yang Halal! Pelbagai review telah dibuat mengenai keenakan masakan di Food Dynasty. Jadi, tunggu apa lagi? Jom ke restoran ni! Untuk maklumat lanjut mengenai chinese food, tekan link ni: https://purpledurian.my/makan/asiari-dim-sum-dan-makanan-chinese-yang-halal-diperbuat-oleh-chef-michelin/
Menu
Mee Terapung
Dengar memang macam tak percaya, tapi inilah hakikatnya. Mee Terapung. Sedapnya mee ni, korang akan rasa kerangupannya kalau korang tak letak kuah di atas mee tu. Tapi kalau korang letak kuah atas mee tu pun sedap juga sebab mee tu akan melembut dan korang boleh nikmatinya bersama kuah Mee Terapung. Mantap!
Dim Sum
Dah namanya restoran masakan cina, mestilah kena ada dim sum. Yang bestnya dim sum kat sini, ada dua jenis: kukus dan goreng. Dua-dua versi sedap. Korang wajib cuba dim sum kat sini. Sedap tak terkata!
Yang pastinya Food Dynasty ni akan membawa korang menikmati hidangan masakan Cina yang lazat dan sememangnya membuatkan korang mahu merasainya lagi dan lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai Food Dynasty, sila skrol ke bawah dan untuk mengetahui restoran yang menjual makanan yang viral dan sedap di sekitar George Town, klik link ini: https://purpledurian.my/food-review/jom-makan-nasi-kandar-dengan-ayam-goreng-saiz-xl-di-ali-nasi-kandar-ipd-corner/
Lokasi
📍25, Jalan Argyll, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
⏰8am-3pm / 6pm-10pm [Tutup: Rabu]
☎️018-408 1422
🗺️Google Map: https://goo.gl/maps/7XAvx5uFVpPRtyMN9
📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Food-Dynasty-100083217127993/
📲Instagram: https://www.instagram.com/fooddynasty.pg/
📲Tiktok: https://www.tiktok.com/@fooddynasty25
Article curated by Izzah Norsham