Cafe sebelah Workshop di PJ! | Limoka Coffee

You are currently viewing Cafe sebelah Workshop di PJ! | Limoka Coffee

Korang pernah dengar tak kafe yang terletak bersebelahan dengan workshop? Kalau korang nak tahu macam mana rupa bentuk kafe dan workshop ni, korang boleh pergi sendiri ke Limoka Coffee yang terletak di 10, Jalan PJS 6a, Kampung Lindungan, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Kat kafe ni, ada bermacam-macam menu yang menarik dengan harga yang sangat berpatutan! Kat sini ada variasi makanan dari makanan tradisi kita sendiri iaitu nasi lemak sehinggalah makanan luar negara seperti spageti. 

Kafe ni juga ada menyediakan pelbagai jenis kopi yang korang boleh pilih mengikut kesukaan korang

Selain tu juga, ada roti titab tau kat kafe ni! Boleh lah kita beli untuk makan sebagai manisan selepas menikmati makanan berat. Nah korang boleh tengok sendiri senarai menu yang tersedia di Limoka Coffee ni. Senanglah nanti kalau korang nak datang, dah tahu dah nak order apa.

Kami dari team Purple Durian dah pergi sendiri dan merasai menu-menu yang terkenal di sini seperti Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah, Roti Titab, Lempeng Kelapa, dan Gula Melaka Latte. Kami bagi 5 bintang ⭐⭐⭐⭐⭐!

Korang tengoklah sendiri, nampak sedap kan? Sambal nasi lemak dia sangat-sangatlah menarik dan tak pedas sangat. Sesuai untuk korang yang tak makan pedas tu! Roti Titab dia pulak sangatlah lembut ditambah lagi dengan dua telur separuh masak untuk dijamu sekali dengan kaya yang ada di sekeliling roti tu. 

Gula Melaka Latte yang disediakan di Limoka Coffee ni tak pahit dan tak terlalu manis, boleh dikatakan just nice lah! Korang jangan lupa try!

Selain daripada makanan, hiasan dalaman kafe ni pun boleh menarik perhatian korang tau! Sesuai sangat korang nak pergi dan tangkap gambar untuk korang post kat Instagram korang! 

Instagrammable tak? 😜

Kalau korang nak makan makanan yang sedap, bolehlah singgah di Limoka Coffee ni! Yang paling penting, korang kena try nasi lemak kat sini! Confirm korang akan repeat. 

Lokasi📍

Limoka Coffee

10, Jalan PJS 6a, Kampung Lindungan, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Instagram: @limokacoffee

Leave a Reply