Burger & Taco – Burger Premium Harga Affordable!

You are currently viewing Burger & Taco – Burger Premium Harga Affordable!

Bagi penggemar makanan barat yang tengah cari restoran yang offer menu yang lain dari yang lain, Burger and Taco lah jawapannya! Restoran yang terletak di Tamarind Square, Cyberjaya ini menghidangkan burger dan taco yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan! Memang tak perlu berbelanja lebih pun untuk makan makanan barat yang bertaraf kayangan ni tau. 

Burger & Taco, Cyberjaya. Sumber: eatandrinkkl.com

Burger & Taco berlokasi di Cyberjaya, and dengar cerita mereka dah bersiap untuk opening second outlet dekat Pavilion Bukit Jalil tau! Lagi dekat, lagi senang nak singgah betul tak? Ramai cakap restoran ni agak isolated dekat Tamarind Square tu and susah nak cari, tapi korang tak perlu risau tau! Dekat IG diorang, diorang dah sediakan video untuk guide korang datang sini haa senang! 

Interior disini agak biasa-biasa je tapi kebersihan memang sentiasa dijaga rapi oleh staff mereka. Keselesaan customer memang jadi keutamaan mereka tau, yelah kalau kedai cantik tapi tak bersih, nak makan pun tak berselera, betul tak? Lighting dan dekorasi kat sini semua on point, if nak OOTD best! 

Suasana cantik dan bersih. Sumber: Google

Burger & Taco menyediakan pelbagai jenis burger dan taco, memang padan dengan nama kedai sebab menunya semua burger, taco, nachos dan sebagainya sahaja ya. Kalau korang craving pasta, jangan datang sini cari pasta pulak ya! Mereka memang claim semua bahan yang digunakan memang premium dan high quality tau, dengan beef yang 100% diimport dari Australia/ NZ! Selain itu, tortilla dan fries yang mereka gunakan juga diimport jauh dari USA dan bukan tu je, semua sauces kat situ ialah homemade. Haa, kalau nak tahu kesahihan diorang punya claim tu, kena datang rasa sendiri la kan?

Menu-menu di Burger & Taco. Sumber: burgerandtacomy

Bab harga pulak Min rasa okay je, tak terlalu mahal dan tak juga terlalu murah! Untuk burger yang menggunakan bahan-bahan premium yang macam mereka claim tu, harga dah kira berpatutan, kan?

Antara menu bestseller kat sini ialah:

1.Sweet Emotion (RM19)

Ni antara burger yang ramai sangat order! Gabungan patty yang juicy dengan caramelised onion tu, Min tengok pun memang terliur sangat! Nak lagi syok boleh order dan pekena dengan vanilla milkshakes dia, padu!! Review pasal burger ni semua best-best tau!

“Burger was delicious!! Juicy patty with soft crispy buns!! It’s worth the price!!”

“Their homemade patty is legit, natural flavor from the meat, perfect ratio of lean meat and fat created such a juicy patty…the seasoning level just nice, not over flavored. I recommend this place ⭐⭐⭐⭐”

Burger dengan patty premium cair dimulut. Sumber: burgerandtacomy

2. Double Supreme Taco (RM17-RM19)

Menu ni sangat popular juga di restoran ni sebab rata-rata gambar dari customers Min tengok, memang ada je Taco dalam order diorang. Tetapi, review pasal taco ni agak bercampur, ada yang cakap sedap ada cakap biasa biasa je. 

“The supreme beef taco was honestly eye-opening. As someone who was trying out tacos for the first time, it did not disappoint. The quality of the beef was so juicy and flavourful.”

“Plenty of beef, which is great, but really oily. The sauce (aioli) was decent, but the nacho cheese was overpowering. Just average!”

Taco antara menu hot. Sumber: burgerandtacomy

Min tulis review ni pun dah meleleh air liur tau, weekend ni jugak Min nak pergi! Sesekali nak tukar selera dari burger ramly tepi jalan dan rasa burger premium, apa salahnya kan hehe. Siapa dah pernah makan kat sini, cuba recommend yang paling sedappp?

📍Location:

BURGER & TACO,

E2-04-3A, Tamarind Square, 

Persiaran Multimedia, 

63000 Cyberjaya, Selangor

Phone: – 

Website: https://www.burgerandtaco.com 

Facebook: https://www.facebook.com/burgerandtacomy/ 

Instagram: https://instagram.com/burgerandtacomy?igshid=YmMyMTA2M2Y= 

TikTok: https://www.tiktok.com/@burgerandtaco?_t=8Vde0hQjS2z&_r=1