Book lovers sekalian, hari ni min nak share book cafe yang best di PJ. Ni boleh jadi port best untuk korang lepak sambil baca buku dan dengar muzik jazz yang menenangkan. Kalau korang stay dekat2 area ni, bolehlah korang chill2 kat sini sambil mengopi or ngeteh, makan croissant ataupun buat kerja. Lagi lagi yang freelancer tu. Kafe ni pun boleh jadi workstation baru untuk korang. Bolehlah bertukar angin sikit.
1) Pages Book Cafe
Terletak di Ara Damansara, ni antara book cafe yang menyajikan lebih daripada kek dan kopi. Ada smoked duck aglio olio dan fried tomato brown rice tau! Harga pun berpatutan. Korang boleh tengok menu penuh di sini. Di kafe ni ada lebih 2,000 buku pelbagai genre dan dijual sekurang-kurangnya 60% lebih murah dari harga kat Book Depository. Ada jugak yang buy 1 free 1 ataupun diskaun 70%. So, pecinta-pecinta buku sekalian ni memang book heaven untuk korang. Lepas shopping buku boleh makan sekali.
Lokasi
📍Pages Book Cafe (9.30am – 8.00pm (Ahad tutup))
F-G-43, Taipan Damansara 2, Jalan PJU 1a/3, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
📞 +603-7832 6118
🗺 Google Maps: https://goo.gl/maps/w2kNzYgRsmAyMNud7
📱Facebook : Pages Book Cafe
2) Madeleine Bookstore Cafe
Ulat-ulat buku confirm tahu pasal BookXcess, salah satu francais buku terbesar di Malaysia. BookXcess di The Starling Mall ni ada cafe nama Madeleine Bookstore Cafe. Kat sini korang boleh enjoy manisan Perancis macam croissant dan macaron yang memang ummph la. The Starling Mall adalah mall yang memang tak crowded dan lokasi cafe ni memang sesuai untuk korang yang nak membaca dan buat kerja. Min selalu beli buku kat sini dan lepas shopping boleh terus baca sambil minum-minum kat Madeleine. Kek Lemon Poppyseed kat sini memang ngam sangat dengan selera min. Kalau korang nak save ada Special Combo air panas dengan sepotong kek berharga RM15.90. Berbaloi! Kat Starbucks korang boleh dapat air je dengan harga tu.
Lokasi
📍Madeleine Bookstore Cafe (10:00 a.m. – 10:00 p.m.)
T-331B Third Floor The Starling Mall, 6, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya
📞 +603-7662 5904
🗺 Google Maps: https://goo.gl/maps/fq6jBTMTGk2rMgnE9
📱Facebook : Madeleine Patisserie
3) Lunar Coffee @ BookXcess
Ni lagi satu cafe yang ada kat BookXcess. Mini cafe yang bercantum dengan BookXcess Tropicana Damansara ni sangat minimalis. Kedai dia dekat hujung BookXcess punya outlet dan comel je tempat dia. So, macam Madeleine, dah habis shopping kat BookXcess bolehlah mengopi di sini. Min pernah try dia punya pandan croissant. Perghhh leleh inti dia. Watermelon lychee cake dia memang lembut dengan layer mousse dan rasa laici. Kopi dia pun ngam. Tempat ni simple tapi cerah dengan estetik putih. Untuk yang nak buat kerja, boleh duduk kat tepi tingkap besar gitu. Memang feel. Lokasi dia yang kat hujung mall memang aman je. Takdelah bising kalau korang nak lepak or membaca.
Lokasi
📍Lunar BookXcess (10:00 a.m. – 10:00 p.m.)
Lot 1F – 26 & 26A, First Floor, West Walk No, 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, 47810 Petaling Jaya
📞 +603-7629 8683 / +6012-715 8988
🗺 Google Maps: https://goo.gl/maps/pHyrGM1VWBwn1qA77
Nak tahu mana lagi port best untuk book lovers? Boleh baca artikel ni.
Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.