Sate Minang atau kalau di Indonesia ia dipanggil Sate Padang ialah sejenis sate istimewa dari Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Sate ini diperbuat daripada daging lembu, ayam atau kambing yang dipotong dadu kecil dan dimakan dengan sos pedas kat atas. Berbeza dengan ate kita tetapi masing-masing ada keunikan rasa tersendiri, kan? Jadi, harini Min nak cerita pasal satu warung yang jual sate ni dekat Selangor!
Aisyah Sate Minang berlokasi di Kampung Sungai Buah, Dengkil. Warung corner lot yang sangat simple dan humble dan hanya ada 5 meja makan kat sini. Agak limited jadi kalau nak datang pastikan serbu time diorang baru buka! Suasana warung macam biasa lah kalau dekat kawasan kampung mesti suasana tenang je. Warung dia sangat teratur dan bersih tau jadi memang selesa kalau nak dine in disana.
Walaupun kat sini sangat terkenal dengan Sate Minang tetapi ada juga beberapa menu lain yang disediakan. Semua menu dekat sini memang makanan dari Indonesia. Kalau korang nak tukar selera sekali sekala, wajib singgah sini ya! Ini antara menu-menu dekat sini.
Harga dia bagi Min memang murah dengan kuantiti sate dalam setiap hidangan tu confirm mengenyangkan. Dengan rasa sate yang sedap ni murah pula tu, memang berbaloi giler kan!
Antara menu yang ramai dah cuba kat sini adalah:
Yang specialnya sate minang ni adalah sos pedas berwarna kuning kemerahan yang kat atas sate tu! Katanya ia diperbuat daripada campuran tepung beras, air rebusan daging, kunyit, halia dan beberapa bahan lain. Sos ni la yang buat sate minang ni padu uolls.
“Satu set sate minang ada 5 cucuk sate dan nasi impit. Sate minang daging lembut. Kuah sate pun sedap. Very recommended.”
- Sate Perut
“We ordered the daging and perut. Delicious, very spicy and filling. My favourite is the perut.”
- Nasi Goreng Padang
“Nasi goreng padang paling sedap pernah rasa, kena dengans selera kami! Memang teringat makan dekat Jakarta dulu.”
Haa! Siapa tengah telan air liur tu? Min pun sama huhu. Memang masuk dalam list Min ni, tak sabar nak bawa family rasa sate dekat sini. Sebelum kedai ni viral, Min nak pergi rasmi dulu hehe.
📍Location:
Jalan kajang dengkil,
Kampung Sungai Buah,
43000 Dengkil, Selangor
Phone: 016-6949041
Website: –
Facebook: https://www.facebook.com/people/Aisyah-Sate-minang-Sungai-buah/100069194967058/
Instagram: –
TikTok: –