Anti-Vaksin Nak Dapat Vaksin Semata-mata Makanan Percuma?

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Anti-Vaksin Nak Dapat Vaksin Semata-mata Makanan Percuma?

Sudah setahun lebih satu dunia ditimpa dengan virus COVID-19 ini.

Kerajaan bertungkus-lumus untuk memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terjamin.

Sebagai rakyat yang prihatin, kita juga perlulah mematuhi peraturan-peraturan daripada kerajaan dan rakyat wajib mengikuti SOP bagi menghapuskan rantaian COVID-19 ini.

Vaksin COVID-19 kini sudah sampai ke Malaysia dan rakyat Malaysia sedang merebut peluang untuk mendapatkan vaksin tersebut.

covid 19 vaksin

Ada yang sudah melengkapkan kedua-dua dos vaksin tersebut dan ada juga yang masih menunggu giliran mereka.

Baru-baru ini, terdapat beberapa cawangan di Malaysia mengambil kesempatan tentang perkara ini dengan mengadakan tawaran promosi kepada rakyat yang sudah mengambil vaksin.

via GIPHY

Llao Llao, cawangan frozen yoghurt yang digemari ramai, menawarkan promosi 15% diskaun kepada pelanggan yang sudah menerima dos vaksin yang pertama.

Kunjungi Facebook llaollao Malaysia disini untuk informasi lebih lanjut.

llao llao vaccine promotion

MyBurgerLab menawarkan voucher RM10 menerusi aplikasi mereka kepada sesiapa yang sudah menerima dos vaksin yang pertama.

Kunjungi Facebook MyBurgerLab disini untuk informasi lebih lanjut.

myburgerlab promotion vaccine

Terdapat banyak lagi cawangan lain yang menawarkan promosi sebegini. Dengan ini, rakyat Malaysia akan lebih semangat dan berani untuk menerima suntikan vaksin.

Namun, terdapat juga daripada segelintir rakyat Malaysia yang tidak percaya bahawa vaksin tersebut boleh membantu situasi COVID-19 ini.

via GIPHY

Mereka tergolong dalam golongan yang dipanggil Anti-Vaksin.

Adakah berita tentang promosi-promosi ini boleh membuat golongan tersebut berubah fikiran?

Apa pendapat anda? Cuba komen di ruangan bawah!

Comments