30 Hari 30 Resepi Khairulaming – Colek Seafood Celup Tepung

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:8 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi Khairulaming – Colek Seafood Celup Tepung

Hari yang ditunggu-tunggu, min ada resepi baru dari Khairulaming tau korang. Kalau korang nak tahu untuk puasa ke-7 ni Khairulaming share 2 resepi satu resepi air berbuka dimana korang boleh klik sini untuk baca artikel dan satu lagi adalah Colek Seafood Celup Tepung. Haa… resepi ni la min nak share dengan korang sekarang. Pastikan korang baca sampai habis tau sebab resepi ni sedap sangat nak makan masa moreh nanti atau masa berbuka. Apa yang penting resepi sesuai makan ramai-ramai dengan kawan atau family.

colek seafood celup tepung

Siapa sini teringin nak makan colek tapi area rumah korang tak ada, takpe kalau tak ada jom kita buat sendiri pakai resepi dari Khairulaming.

Bahan-bahan (Sos):

  • 1 cawan sos cili thai (Sos thai sedap klik sini –> https://shope.ee/7zgQQT1AWH)
  • 3 biji cili padi merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ cawan air
  • 2 sudu kicap manis
  • 2 sudu gula melaka
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu tepung jagung
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • ½ biji limau nipis

Cara-cara:

letak kicap manis

1. Mula-mula, sediakan satu pan. Masukkan 1 cawan sos cili thai, 3 biji cili padi merah dan 2 ulas bawang putih yang sudah ditumbuk. Masukkan juga ½ cawan air dan 2 sudu kicap manis. Kacaukan bahan-bahan dalam pan.

letak gula melaka

2. Selepas kacau, masukkan 2 sudu gula melaka, garam dan serbuk perasa sikit. Masukkan juga 1 sudu sos ikan dan kacau semua bahan.

letak tepung beras

3. Kemudian, ambil 1 sudu tepung jagung dan campurkan dengan air sedikit. Lepas itu, tuangkan ke dalam sos untuk pekatkan sos serta perahkan ½ biji limau nipis. Kacaukan sos tadi sampai nampak dia pekat dan boleh padamkan api untuk sejukkan sos.

Bahan-bahan (Seafood celup tepung):

Cara-cara:

sediakan seafood paket

1. Mula-mula sediakan beberapa jenis seafood paket. Ini ikut korang suka seafood apa boleh je letak apa-apa jenis pun.

buat adunan tepung

2. Sediakan 1 cawan tepung bestari dan 1 cawan tepung beras. Tambahkan sedikit air dan kalau terlalu pekat boleh tambahkan 3 sudu air lagi dan kacau hingga sebati macam dalam gambar.

celup seafood dalam adunan

3. Dah siap adunan boleh masukkan seafood paket tadi dan gaulkan semua bagi rata.

goreng keropok ikan

4. Tapi sebelum nak goreng seafood tu kita gorengkan dulu keropok ikan untuk tambah dalam colek nanti. Ni pun ikut korang kalau suka tambah kalau tak tambah pun tak apa.

goreng seafood

5. Kemudian, baru lah gorengkan seafood paket yang dalam adunan tadi. Gorengkan sampai masak sebab goreng seafood paket ni sekejap je dah masak tak perlu lama-lama.

potong seafood

6. Lepas dah siap goreng tu korang boleh potong dua seafood tadi supaya senang nak makan tapi kalau nak makan seketul pun boleh.

tuang sos

7. Kemudian susunkan ke dalam pinggan, nak nampak cantik tambahlah sedikit salad. Hancurkan keropok ikan dan tabur di atas seafood goreng serta tuangkan sos colek yang kita buat tadi.

Haa… siap sudah kita punya colek seafood celup tepung. Senang sangat ni nak buat resepi ni. Bahan-bahan korang boleh cari dekat pasaraya terdekat kalau korang nak share ramai-ramai boleh lah pilih banyak jenis seafood paket sebab lagi banyak lagi meriah kan. Tapi ingat jangan membazir tau. Resepi kali ni wajib korang try tau sesuai sangat nak jadikan menu untuk tetamu yang hadir ke rumah. Kalau korang nak tengok video resepi colek seafood celup tepung ni klik sini. Selamat mencuba korang !