Hari ni min nak share kan dekat korang menu yang boleh buat korang kenyang sangat bila buka puasa nanti. Hari kedua bulan Ramadhan, Khairulaming share resepi Ayam Gepuk tau. Menurut beliau ayam gepuk kali ni sebiji rasa macam makan dekat kedai tapi korang sendiri boleh buat dekat rumah.
Ayam Gepuk yang lembut makan dengan sambal dan kicap memang padu weh ! Bahan dan cara masak korang kena baca sampai habis okay. Jum kita mula masak !
Bahan-bahan:
- Paha ayam (bergantung kepada berapa orang makan)
- Halia
- Lengkuas
- Biji ketumbar
- Serbuk kunyit
- Garam
- Air
- Daun salam/ Bay leaves
- Gajus (susah nak cari gajus bolek klik sini –> https://shope.ee/AxUDZQNaj)
- Minyak masak
- Cili padi merah
- Bawang putih
- Serbuk perasa
- Kubis
- Tauhu
- Tempe
- Timun
- Kicap
Cara-cara (Ayam) :
1. Blend kan halia sebesar ibu jari dan lengkuas sebesar ibu jari. Tambahkan juga 1 sudu biji ketumbar, 1 sudu serbuk kunyit, 1 ½ sudu kecil garam dan tambahkan sedikit air. Blend kan ke semua bahan,
2. Tuangkan bahan yang di blend tadi ke dalam mangkuk yang ada ayam. Kemudian gaulkan sehingga sebati dan perapkan selama 30 minit.
3. Selepas diperap, rebuskan ayam tersebut bersama bahan perapan tadi dan letakkan 2 helai daun salam. Rebus sehingga ayam masak dan lembut.
4. Kemudian, gorengkan ayam yang telah direbus tadi sehingga garing.
Cara-cara (Sambal) :
1. Tumbuk ½ mangkuk gajus sehingga halus dan tambahkan minyak panas. Kemudian, gaul sehingga rata.
2. Sediakan cili padi merah (letak ikut tahap kepedasan korang) dan 5 ulas bawang putih.
3. Tumbuk 2 bahan ini sehingga lumat, tambahkan sedikit minyak panas dan gaulkan sehingga sebati. Tambahkan garam dan serbuk perasa.
4. Korang boleh combine gajus tadi dengan sambal ni, kalau korang nak pedas lebihkan sambil kurangkan gajus, dan kalau tak nak pedas lebihkan gajus kurangkan sambal.
Cara-Cara (Gabung) :
1. Kemudian kita sediakan setengah kubis. Potong kubis dan gorengkan dalam minyak yang panas sehingga garing.
2. Kemudian, gorengkan pula tauhu dan juga tempe sehingga masak dan garing. Ini untuk side dish korang semasa makan ayam gepuk nanti.
3. Jangan lupa potongkan timun juga tau.
4. Last sekali, korang boleh susun cantik-cantik dalam pinggan bahan-bahan yang kita masak tadi dan boleh tambahkan sedikit kicap kalau korang suka.
Haa.. siap sudah kita punya Ayam Gepuk dari resepi Khairulaming. Korang boleh lah makan untuk berbuka nanti. Rasa dia memang sedap dan ayam yang digoreng tu pun memang lembut sangat. Rasa pedas dari sambal tu pun ngam je kalau kita campur dengan gajus tadi. Korang jangan lupa tau untuk cuba resepi ni. Korang pun boleh tengok video resepi ayam gepuk di sini.
Selamat berbuka puasa semua !